TIKUS KESTURI | Tikus kesturi ialah haiwan kecil yang kelihatan seperti cencorot berhidung runcing. Sesetengah tikus kesturi adalah antara mamalia terkecil yang diketahui. Tikus kesturi yang paling kecil beratnya hanya dua gram. Tikus kesturi hidup di kedua-dua Hemisfera Timur dan Hemisfera Barat. Ia membuat sarang di ladang hutan jarang, taman, dan paya. Tikus kesturi sering disalah anggap sebagai cencorot kerana saiznya yang kecil. Tikus kesturi mempunyai muncung yang panjang, dan runcing yang boleh digerakkan untuk meneroka lubang kecil dan rekahan untuk mencari makanan. Mata dan telinganya adalah kecil, dan badannya diliputi bulu yang pendek, berwarna gelap. | UMUM | |
TIKUS HUTAN | Tikus hutan juga dikenali sebagai <i> tikus i> <i> pengangkut i> atau <i> tikus dagang, i> berasal dari Amerika Utara dan Amerika Tengah. Ia kelihatan seperti tikus rumah tetapi mempunyai telinga yang lebih lebar, bulu lebih lembut dan ekor yang berbulu, bukan ekor gondol, bersisik. | UMUM | |
TIKUS BELANDA | Tikus belanda ialah mamalia kecil di Amerika Selatan. Ia adalah sejenis <i> cavy i> liar yang dijinakkan. Ahli sains menggunakan haiwan ini dalam eksperimen yang banyak ubat. Tikus belanda juga digunakan untuk penyelidikan dalam bidang kelakuan, keturunan, dan pemakanan. Tikus belanda menjadi haiwan kesayangan yang baik kerana ia jarang menggigit dan mudah dijaga. Tikus belanda adalah rodensia, seperti <i> beaver i> , tikus dan tupai. Tikus belanda panjangnya dari 25 sentimeter hingga 35 sentimeter dan beratnya lebih kurang 0.5 kilogram. Ia mempunyai kepala yang besar, telinga yang kecil dan kaki yang pendek. Kebanyakan tikus belanda yang semula jadi mempunyai bulu berwarna perang atau kelabu yang panjang, kasar. | UMUM | |
TIKUS BULAN | Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies mamalia pemakan serangga dari China dan Asia Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali sebagai <i> landak tanpa spina, i>mempunyai muncung yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik. Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga, cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang lebih kecil. Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan terbesar ialah <i> Echinosorex gymnurus i> . | UMUM | |
TIKUS | Tikus ialah mamalia berbulu yang kelihatan seperti cencorot tetapi lebih besar. Jenis tikus yang paling kecil membesar lebih panjang dan lebih berat daripada mencit yang terbesar. Seperti cencorot, beaver, dan tupai, tikus adalah <i> rodensia i> . Semua haiwan demikian mempunyai gigi depan bak pahat yang terutamanya sesuai untuk menggerit. | UMUM | |
TIKUS KESTURI POKOK | Tikus kesturi pokok ialah mamalia kecil, bergerak pantas yang hidup di hutan di India, Asia Tenggara, dan selatan China. Tikus kesturi pokok kelihatan dan berkelakuan seperti tupai kecil yang berhidung panjang. Tikus ini membesar kurang daripada 20 sentimeter panjangnya, tidak termasuk ekornya, dan beratnya kurang daripada 0.5 kilogram. | UMUM | |
TIKUS MONDOK | Tikus mondok ialah mamalia kecil, berbadan gempal yang hidup dalam tanah. Tikus mondok adalah penggali lubang yang pantas dan tidak mengenal penat. Ia mempunyai hidung yang sempit tirus dan kepala berbentuk baji, dan kaki depan yang besar. Kaki depannya berfungsi sebagai penyodok, untuk menggali tanah. Kaki belakangnya pendek dan kuat. | UMUM | |
TIKUS KANGGARU | Tikus kanggaru ialah rodensia yang melompat seperti kanggaru dengan menggunakan kaki belakangnya yang panjang dan kuat. Tikus kanggaru membesar hanya kira-kira 38 sentimeter panjangnya termasuk ekornya sepanjang lebih daripada 20 sentimeter. Ia mempunyai kaki depan yang pendek, kepala dan mata yang besar. Bulunya yang lembut berkilat berwarna kuning atau perang di bahagian atas dan putih di bahagian bawah. | UMUM | |
TIKUS TOBRUK | Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu bertahan dalam satu pengepungan selama lapan bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun 1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka bertahan dari 11 April hingga 10 Disember, apabila tentera Jerman menghentikan kepungan itu. | UMUM | |
TIKUS RAHMAT | TIKUS RAHMAT, novel satira karya Hassan Ibrahim. Novel ini diterbitkan oleh Kedai Buku Mustafa dan Yusof pada tahun 1963. Novel ini telah diulang cetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1975. Edisi kedua telah diterbitkan pada tahun 1990. | SASTERA | Penerbitan |