RICE, TIM | Rice, Tim (1944– ), penulis dan penyiar British, menjadi terkenal dengan usahasamanya bersama Andrew Lloyd Webber yang menghasilkan lakon muzikal Joseph and the Amazing Technicolour Dreamcoat (1968), Jesus Christ, Superstar (1970), dan Evita ! (1976). | UMUM | |
TAMAN ISMAIL MARZUKI | TAMAN ISMAIL MARZUKI, kompleks Pusat Kesenian Jakarta. Kompleks ini terletak di atas tanah seluas 8.3 hektar, di Jalan Cikini Raya No. 73, Jakarta Pusat, Indonesia. Taman Ismail Marzuki (TIM) mengambil sempena nama Ismail Marzuki, seorang pencipta, penggubah dan pemuzik terkenal, berasal dari Jakarta bagi mengenang jasanya dalam dunia muzik. Gagasan penubuhan TIM dicetuskan oleh seniman Senen yang kemudian dipersetujui oleh Ali Sadikin, Gabenor DKI Jakarta Raya ketika itu. Tapak asal TIM adalah Kebun Binatang Cikini, yang kemudiannya dipindahkan ke Ragunan, Jakarta Selatan. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
TRISNO SUMARDJO | TRISNO SUMARDJO (1916 – 1969), pelukis, penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 6 Disember 1916 di Surabaya, Jawa Timur. Trisno Sumardjo mempunyai kelulusan AMS-II Barat Klasik dari Yogyakarta, Jawa Tengah, pada tahun 1937. kemudian dia menjadi guru sekolah swasta (1938 – 1942) dan sebagai Pegawai Jawatan (Jabatan) Kereta Api (1942 – 1948). Dia juga menjadi editor majalah Seniman (1947 – 1948), ketua majalah Indonesia (1947 – 1948), Sekretaris Lembaga Kebudayaan Indonesia (1950), editor penyelaras majalah Seni (1954), Sekretaris Umum Badan Musyawarat Kebudayaan Nasional (1956), Ketua Delegasi Pengarang Indonesia ke Republik Rakyat China (1957), editor penyelaras majalah Gala (1968) dan Ketua Badan Pengurus Harian Taman Ismail Marzuki (TIM), merangkap sebagai Ketua Kesenian Jakarta yang pertama (1968 – 1969). Pada tahun 1952, Trisno Sumardjo mendapat biasiswa Rockfeller dalam rangka lawatan muhibbah ke Amerika Syarikat dan ke beberapa negara Eropah Barat. Pada 17 Ogos 1963, dia menandatangani Manifes Kebudayaan, di Jakarta. | SASTERA | Tokoh |