Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ma.ngan] | تيمڠن

Definisi : 1. = anak ~ anak yg sangat dikasihi atau dimanjakan; 2. = nama ~ nama lain drpd nama yg diberikan ketika lahir, gelaran: namanya Saliah, juga dipanggil comel sbg nama timang-timangan sejak kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ma.ngan] | تيمڠن

Definisi : 1 = anak ~ anak yg sangat dikasihi oleh ibu bapa; anak kesayangan. 2 = nama ~ nama selain nama yg sebenarnya: Nama sebenarnya Ahmad, ~nya Bujang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timang
Kata Terbitan : timangan, timang-timangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARTI REPUBLIKAN

Parti Republikan ialah salah satu daripada dua

parti politik yang utama di Amerika Syarikat, selain

Parti Demokratik. Parti Republikan sering dikenali

sebagai G.O.P. yang bermaksud Grand Old Party,

nama timangan yang diberi oleh ahli Parti

Republikan kepada parti tersebut pada tahun 1880-

an.

UMUM 
SIBAWAYH

Sibawayh (148–188 H. / 769–804 M.), pelopor

nahu Arab dan pakar bahasa. Nama penuhnya ialah

Abu Bishr ‘Amru ibn ‘Uthman ibn Qanbar. Dia

merupakan antara orang terawal menyusun ilmu

tatabahasa Arab serta penulis buku ‘al-Kitab’.

Sebenarnya, ‘Sibawayh ‘ ialah perkataan Parsi yang

bermaksud ‘wangian epal‘. Ada pendapat yang

mengatakan bahawa ibunya memberi nama

timangan tersebut sewaktu dia masih kecil. Dia

berbangsa Parsi dan berasal dari bandar al-Baidha’

dan membesar di Basrah. Walaupun begitu, ulama

berselisih pendapat tentang tarikh kelahiran dan

kematiannya yang sebenar.

UMUM 
SURIRAMSURIRAM, lagu buaian yang dinyanyikan oleh dayang dalam babak-babak pentas bangsawan untuk menidurkan anak raja.  Perkataan ‘Suriram’ adalah rekaan semata-mata sebagai nama timang-timangan yang ditujukan kepada puteri atau putera raja yang diasuh oleh dayang.BUDAYAKarya
ROKIAH WANDA

ROKIAH WANDA, (1926-1994), pelakon dan penyanyi. Dia lahir di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. ‘Wanda’ adalah nama timangan bagi suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi, yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil. Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang, Melaka dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka, dan Seri Rani Opera, di Singapura.

           

BUDAYATokoh

Kembali ke atas