Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bul] | تيمبول

Definisi : 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd per­mukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr per­mukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk meng­gambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menye­babkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ per­balahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika tim­bul seketika tenggelam (spt benda yg di­umbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifat­nya yg kasar ~ rasa benci orang ter­hadap­nya; 4. ki menyebabkan berlaku (ter­dapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (meng­adakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ keru­mit­an menyebabkan terdapatnya kerumit­­­an; ~ kesan buruk mendatangkan (meng­akibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelan­jaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menim­bulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bul] | تيمبول

Definisi : penimbul = ~ raksa = apung ~ jampi dll utk menjadikan orang kebal; ilmu ~ ilmu yg mengebalkan orang (dgn meng­gosokkan raksa pd badan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bul] | تيمبول

Definisi : 1 keluar atau naik ke atas dr dlm air, lumpur dll: Setelah menyelam beberapa ketika, dia ~ kembali. 2 terapung-apung di atas air dll; tidak tenggelam: Sabut ~ kalau dicampakkan ke dlm air. 3 terbit (ttg bulan, matahari dll). 4 menyembul sedikit dr permukaan yg rata: huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll. 5 ki terbit atau terlintas dlm hati: Maka ~lah keinginan dlm hatinya hendak pergi berdagang. 6 ki berlaku; terjadi: Maka ~lah perselisihan yg hebat antara kedua-dua sahabat itu. ~ tenggelam a. sebentar timbul sebentar tenggelam (spt sabut yg diumbang-ambingkan oleh ombak). b. ki kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. menimbulkan 1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka. 2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ ra­sa benci orang terhadapnya. 3 ki menye­babkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; men­datangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Dapat harta timbul.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).

 

Lihat selanjutnya...(29)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CETAK TIMBUL UMUM 
KELOID

Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka

yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai

bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas

permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal

pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran

berlebihan tisu penghubung berserabut pada

dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul

selepas kulit cedera akibat laserasi atau

pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan

spontan. Keloid boleh dibuang melalui

pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula

beberapa minggu atau bulan kemudian.

UMUM 
STALAGMIT

Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul

dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur.

Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang

menitis ke lantai dari dinding dan bumbung

sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut,

iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air

memasuki persekitaran gua itu, air tersebut

kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan

kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang

berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu

yang terbalik.

UMUM 
GEOLOGI ALAM SEKITARPenerapan prinsip dan pengetahuan geologi untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada penempatan manusia dan eksploitasi alam sekitar fizikal.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
MONT-SAINT-MICHEL

Mont-Saint-Michel ialah batuan besar yang

timbul dari permukaan laut di Teluk Mont-Saint-

Michel di luar pantai barat laut Perancis. Di atas

batuan ini terdapat sebuah biara dan sebuah bandar

purba. Untuk lokasi, lihat Perancis (peta rupa bumi).

UMUM 
PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang

dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan

berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih

keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya

tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi

tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan

berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana

digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku

dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk,

tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh.

Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian

psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak

menyebabkan artritis.

UMUM 
KAMEO

Kameo ialah permata yang dituris dengan corak

yang diukir supaya ia timbul dari permukaan.

UMUM 
SENI UKIR SABUN

Seni ukir sabun ialah seni memotong sebuku

sabun untuk membentuk satu reka bentuk timbul

atau arca figura. Untuk menghasilkan karya yang

terbaik, sabun yang lembut, sama ada putih atau

berwarna, paling sesuai digunakan. Sabun yang

keras atau telah lama mungkin rapuh dan mudah

terserpih.

UMUM 
ILMU KALAMIlmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan
persoalan akidah Islam dan mempertahankannya,
di samping menolak keraguan yang timbul
mengenainya berpandukan logik akal dan bukti-
bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah
analisa dan falsafah.
UMUMUmum
KORDUROI

Korduroi ialah kain kapas atau kain kapas campuran yang bertetulang

timbul memanjang.

UMUM 
12345

Kembali ke atas