Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting] | تيڠ

Definisi : bunyi spt loceng kecil (wang logam jatuh ke lantai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ting


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TING, SAMUEL CHAO CHUNG

Ting, Samuel Chao Chung (1936– ) ialah ahli

sains China kelahiran Amerika menerima anugerah

Hadiah Nobel bagi bidang fizik pada tahun 1976. Dia

berkongsi hadiah tersebut dengan Bruton Richter,

juga seorang ahli sains Amerika. Hadiah berkenaan

ialah kerana penemuan mereka tentang zarah

nuklear asas yang dikenali sebagai psi atau zarah J.

Ting, yang juga dikenali dengan nama Ding

Zhaozhong, lahir di Michigan, Amerika Syarikat.

Dia menghabiskan masa mudanya di tanah besar

China dan Taiwan. Pada tahun 1967, dia menjadi

profesor fizik di Massachusetts Institute of

Technology. Kemudian dia bekerja di European

Organization for Nuclear Research (CERN) di

Geneva , Switzerland dan di University of Columbia,

Amerika Syarikat.

UMUM 
DING LING

Ding Ling (1904–1986), juga dieja Ting Ling, ialah

nama pena Jiang Bingzhi, atau Chiang Wei-chi,

salah seorang penulis cina moden yang terkenal

dan juga penulis kontroversial.

UMUM 

Kembali ke atas