Bramante, Donato (1444–1514) ialah arkitek dan pelukis Zaman Renaissance Itali. Bangunan Bramante, yang dikenali sebagai Tempietto (1502), di Gereja San Pietro di Montoria menandakan tempat St. Peter disalib di Rom, mengikut ceritanya. Bramante mereka bentuk bangunan ini menyerupai kuil Rom yang kecil bulat. Dia juga membuat reka bentuk asal untuk Gereja St. Peter di Rom, dan mereka bentuk Belvedere Courtyard (1505–1513) di Vatican. Bramante lahir dekat Urbino, Itali. Minat awalnya adalah seni lukis dan matematik. Dia menerima latihan seni bina daripada Luciano Lauran, ketua arkitek Urbino. Selepas tinggal di Milan untuk beberapa lama, Bramante menetap di Rom pada tahun 1499. Di sana dia mengkaji puing Rom purba. Oleh sebab pengetahuannya yang meluas tentang seni bina purba, dia diambil bekerja sebagai arkitek oleh Paus Alexander VI dan Julius II. Bramante terkenal kerana mengembalikan kepopularan dua bahan binaan Rom purba, iaitu konkrit dan stucco. Lihat juga Gereja Saint Peter (Sejarah). |