| TINGGINYA MENYAPU AWAN | TINGGINYA MENYAPU AWAN, drama yang memenangi Hadiah Karya Sastera tahun 1975. Buku drama karya Malina Manja ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1978. | BUDAYA | Penerbitan |
| PERGUNUNGAN BLUE | Pergunungan Blue tingginya kira-kira 65 kilometer, terletak di Barat Sydney di New South Wales , Australia. Penduduk awal menamainya Pergunungan Blue kerana ia biasanya kelihatan biru kerana jerebu biru akibat titisan halus minyak kayu putih di atmosfera. | UMUM | |
| SHE-OAK | She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air garam dan boleh ditanam di pantai. Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili Casuarinaceae dan genus Casuarina. | UMUM | |
| ACONCAGUA | Aconcagua ialah gunung berapi mati dan gunung yang paling tinggi di Hemisfera Barat. Tingginya 6959 meter, dan terletak di barat tengah Argentina, dekat Chile. Pada zaman dahulu, Aconcagua mungkin 300 meter lebih tinggi daripada sekarang. Tetapi bahagian atasnya telah runtuh dan tidak ada lagi kesan kawahnya. | UMUM | |
| SLIEVE DONARD | Slieve Donard ialah puncak tertinggi di Pergunungan Mourne di Down, Ireland Utara. Tingginya ialah 852 meter di atas aras laut. Pada hari yang cerah, Pergunungan Donegal di barat, Pergunungan Wicklow di selatan, dan Isle of Man di Laut Irish dapat dilihat dari puncak Slieve Donard. Nama puncak ini diambil sempena nama seorang santo pada tahun 400 M. | UMUM | |
| KUDA PADI SHETLAND | Kuda padi Shetland adalah satu daripada kuda baka terkecil. Tingginya dari 80 sentimeter hingga 115 sentimeter pada paras bahu. Baka ini berasal dari Kepulauan Shetland di luar pantai Scotland. | UMUM | |
| AFFENPINSCHER | Affenpinscher ialah anjing peliharaan berbulu berjumbai-jumbai berwarna hitam. Beratnya kira-kira 3.6 kilogram dan tingginya 25 sentimeter. Bulu keningnya lebat dan panjang sehingga hampir menutupi matanya. Bulunya tumbuh menutupi seluruh badan, dan anjing ini mempunyai misai. | UMUM | |
| ZIRAFAH | Zirafah ialah haiwan yang tertinggi daripada kesemua haiwan. Zirafah jantan mungkin membesar lebih daripada 5.5 meter tingginya – 1.5 meter lebih tinggi daripada gajah Afrika, haiwan yang kedua tertinggi. | UMUM | |
| ASAM JAWA | Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik, yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh 23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji. Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna perang yang digunakan untuk membuat minuman yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di bahagian panas yang di dunia. Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Tamarindus indica . | UMUM | |
| TAMMAR | Tammar ialah walabi yang benar-benar kecil. Ia berbulu perang dan leher, dada dan perutnya berwarna putih. Sesetengahnya 60 sentimeter tingginya. Tammar betina beratnya empat kilogram dan tammar jantan beratnya lebih kurang enam kilogram. Tammar hidup di beberapa pulau pantai, dari Kepulauan Abrolhos di pantai barat Australia hingga ke Pulau Kangaroo di Australia Selatan. Ia juga hidup di tanah besar yang berdekatan, di hutan dan semak samun di desa. | UMUM | |