Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kat] | تيڠکت

Definisi : 1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, leng­gek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan taraf kedudukan (jawatan, kema­juan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan; setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); tingkat-tingkat Mn pemijak kaki; tetingkat kepingan papan dsb tempat me-letakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para; bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat; bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempat­nya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten; meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri mem­beri pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; meningkat-ningkat 1. terus meningkat (ber-tambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (ber­lapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memper-hebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; tingkatan tingkat, kelas, peringkat, pereng­gan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan; peningkatan perbuatan (usaha dsb) mening­katkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kat] | تيڠکت

Definisi : 1 lapis sesuatu benda (spt ba­ngunan, tangga) yg bersusun-susun atau berlonggok-longgok: Rumah pang­­­sa itu sepuluh ~ tingginya. 2 taraf kedudukan; darjat; pangkat: Ada antara Duta Besar yg sama ~nya dgn Menteri. 3 peringkat sesuatu kejadian: Pembinaan masjid itu masih pd ~ awal. bertingkat ada tingkatnya; mempunyai tingkat. bertingkat-tingkat 1 bersusun-susun atau berlapis-lapis: Bangunan di bandar itu kebanyakannya ~. 2 ber­pangkat-pangkat atau berkelas-kelas. meningkat 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badan­nya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 ber­ubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah ber­tam­bah baik. meningkatkan meninggikan kedudukan, taraf dll. Mereka berusaha utk ~ taraf hidup. mem­pertingkatkan menjadikan bertingkat(-tingkat). ting­­­katan 1 peringkat; kelas; taraf (ke­dudukan dsb): orang ~ atasan orang dr golongan atasan. 2 darjah (di sekolah menengah). peningkatan per­buatan, hal dsb meningkat atau me­ningkatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIF

Lif ialah alat pengangkutan yang membawa

orang dan barang ke tingkat-tingkat bangunan.

Perkataan lif, biasanya bermaksud gerabak yang

membawa orang atau barang. Tetapi perkataan

ini juga merujuk kepada keseluruhan sistem yang

mengawal pergerakan gerabak itu. Gerabak itu

bergerak ke atas dan ke bawah dalam syaf yang

mempunyai rel pandu keluli untuk menghalang

pergerakan ke sisi. Di Amerika Syarikat lif dikenali

sebagai “elevator”.

UMUM 
ESKALATOR

Eskalator ialah tangga bergerak yang membawa

orang dari satu tingkat ke satu tingkat atau dari aras

ke satu aras.

UMUM 
RUMAH KEDAIBangunan yang menempatkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan ruang kediaman di tingkat atas.KEJURUTERAANBangunan/Kota
MENARA CONDONG PISA

Menara Condong Pisa ialah sebuah menara

loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya

terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4

meter daripada garisan asal apabila diukur daripada

tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak

asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil.

Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun

1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan

1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula

terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina.

Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an

bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan

dengan segera.

UMUM 
POKOK

Pokok ialah tumbuhan yang terbesar daripada

kesemua tumbuhan. Pokok yang paling tinggi

tumbuh lebih tinggi daripada bangunan 30 tingkat.

Banyak pokok juga hidup jauh lebih lama daripada

tumbuh-tumbuhan lain. Sesetengah pokok hidup

beribu-ribu tahun. Pokok adalah benda hidup yang

diketahui tertua.

UMUM 
SEBUTAN

Sebutan ialah proses atau perbuatan

mengujarkan kata. Istilah sebutan juga

menerangkan cara-cara ujaran itu dilakukan.

Tingkat kejelasan sebutan dikenali sebagai

enansiasi . Kadang-kadang perkataan mungkin

mempunyai lebih daripada satu sebutan yang

boleh diterima. Sebutan yang boleh diterima ini

tersenarai dalam kamus.

UMUM 
MELEBUR

Melebur ialah kaedah mengasingkan logam

daripada bijih aslinya. Proses melebur dilakukan

dalam relau yang dibina khas. Relau bagas untuk

membuat besi jongkong adalah setinggi bangunan

10 tingkat. Bijih besi, kok, dan batu kapur

dimasukkan melalui bahagian atas relau. Bagas

panas (udara prapanas) masuk dari bawah. Bagas ini

membakar kok dan menghasilkan gas serta haba

yang perlu untuk menurunkan besi daripada

mineral oksidanya di dalam bijih dan juga

membentuk sanga daripada tindak balas batu kapur

dan sisa komponen bijih seperti silikon dan fosforus

(lihat Sanga). Sanga lebur dan besi dikeluarkan dari

bukaan di bawah relau. Gas relau pula dikeluarkan

dari atas. Industri juga menggunakan relau bagas

untuk melebur bijih lain untuk menghasilkan

tembaga, plumbum dan feroaloi (aloi yang

mengandungi besi).

UMUM 
MENARA BABEL

Menara Babel ialah menara di Babylon, iaitu

kota di Mesopotamia purba. Ia berbentuk piramid

yang berteres, iaitu reka bentuk yang dikenali

sebagai ziggurat. Menara ini mempunyai tujuh

tingkat berserta sebuah kuil kecil di atasnya. Orang

Babylon menamakan menara ini Etemenanki, yang

bermakna rumah asas syurga dan bumi. Babel ialah

nama Ibrani bagi Babylon. Babylon bermakna pintu

gerbang tuhan dalam bahasa Babylon.

UMUM 
LOMPANG DEFLASI

Lompang deflasi, keadaan permintaan agregat yang kurang daripada penawaran agregat pada tingkat pendapatan guna tenaga penuh.

EKONOMI DAN PENGURUSANKaedah
KESEIMBANGAN PASARAN

Keseimbangan pasaran ialah keadaan apabila kuantiti yang diminta oleh pengguna sama dengan kuantiti yang ditawarkan oleh penjual pada suatu tingkat harga yang tertentu. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
12

Kembali ke atas