LIF | Lif ialah alat pengangkutan yang membawa orang dan barang ke tingkat-tingkat bangunan. Perkataan lif, biasanya bermaksud gerabak yang membawa orang atau barang. Tetapi perkataan ini juga merujuk kepada keseluruhan sistem yang mengawal pergerakan gerabak itu. Gerabak itu bergerak ke atas dan ke bawah dalam syaf yang mempunyai rel pandu keluli untuk menghalang pergerakan ke sisi. Di Amerika Syarikat lif dikenali sebagai “elevator”. | UMUM | |
ESKALATOR | Eskalator ialah tangga bergerak yang membawa orang dari satu tingkat ke satu tingkat atau dari aras ke satu aras. | UMUM | |
RUMAH KEDAI | Bangunan yang menempatkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan ruang kediaman di tingkat atas. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
MENARA CONDONG PISA | Menara Condong Pisa ialah sebuah menara loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4 meter daripada garisan asal apabila diukur daripada tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil. Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun 1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan 1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina. Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera. | UMUM | |
POKOK | Pokok ialah tumbuhan yang terbesar daripada kesemua tumbuhan. Pokok yang paling tinggi tumbuh lebih tinggi daripada bangunan 30 tingkat. Banyak pokok juga hidup jauh lebih lama daripada tumbuh-tumbuhan lain. Sesetengah pokok hidup beribu-ribu tahun. Pokok adalah benda hidup yang diketahui tertua. | UMUM | |
SEBUTAN | Sebutan ialah proses atau perbuatan mengujarkan kata. Istilah sebutan juga menerangkan cara-cara ujaran itu dilakukan. Tingkat kejelasan sebutan dikenali sebagai enansiasi . Kadang-kadang perkataan mungkin mempunyai lebih daripada satu sebutan yang boleh diterima. Sebutan yang boleh diterima ini tersenarai dalam kamus. | UMUM | |
MELEBUR | Melebur ialah kaedah mengasingkan logam daripada bijih aslinya. Proses melebur dilakukan dalam relau yang dibina khas. Relau bagas untuk membuat besi jongkong adalah setinggi bangunan 10 tingkat. Bijih besi, kok, dan batu kapur dimasukkan melalui bahagian atas relau. Bagas panas (udara prapanas) masuk dari bawah. Bagas ini membakar kok dan menghasilkan gas serta haba yang perlu untuk menurunkan besi daripada mineral oksidanya di dalam bijih dan juga membentuk sanga daripada tindak balas batu kapur dan sisa komponen bijih seperti silikon dan fosforus (lihat Sanga). Sanga lebur dan besi dikeluarkan dari bukaan di bawah relau. Gas relau pula dikeluarkan dari atas. Industri juga menggunakan relau bagas untuk melebur bijih lain untuk menghasilkan tembaga, plumbum dan feroaloi (aloi yang mengandungi besi). | UMUM | |
MENARA BABEL | Menara Babel ialah menara di Babylon, iaitu kota di Mesopotamia purba. Ia berbentuk piramid yang berteres, iaitu reka bentuk yang dikenali sebagai ziggurat. Menara ini mempunyai tujuh tingkat berserta sebuah kuil kecil di atasnya. Orang Babylon menamakan menara ini Etemenanki, yang bermakna rumah asas syurga dan bumi. Babel ialah nama Ibrani bagi Babylon. Babylon bermakna pintu gerbang tuhan dalam bahasa Babylon. | UMUM | |
LOMPANG DEFLASI | Lompang deflasi, keadaan permintaan agregat yang kurang daripada penawaran agregat pada tingkat pendapatan guna tenaga penuh. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Kaedah |
KESEIMBANGAN PASARAN | Keseimbangan pasaran ialah keadaan apabila kuantiti yang diminta oleh pengguna sama dengan kuantiti yang ditawarkan oleh penjual pada suatu tingkat harga yang tertentu. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |