Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tingkat, kelas, peringkat, pereng­gan, takat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUDIRMAN HAJI ARSHAD

Sudirman Haji Arshad (1954–1992) ialah

penyanyi Malaysia yang terkenal. Dia lahir pada 25

Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan mendapat

pendidikan di Pahang sehingga Tingkatan Enam dan

melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya pada

tahun 1976 sehingga memperoleh ijazah Sarjana

Muda Undang-undang pada tahun 1980. Dia

meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di Kuala

Lumpur.

UMUM 
WIRATMO SOEKITOWIRATMO SOEKITO(1929-    ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 8 Februari 1929 di Solo, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Dasar Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Sekolah dasar (SD) dan Sekolah Lanjutan Tingkatan Pertama (SLTP) di Solo (SD) dan Sekolah Lanjutan Tingkatan Pertama (SLTP)  di Solo (1947) dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Kanisius Solo (1951).  Kemudian dia belajar ilmu filsafat di Universitas  Katolik  Nijmegen, Belanda tetapi tidak tamat.  Dia menguasai dengan baik berbagai-bagai bahasa asing seperti Inggeris, Belanda, Jerman, Perancis dan Latin.SASTERATokoh
THAHARUDDIN AHMAD

THAHARUDDIN AHMAD (1921 -      ), pengasas Gerakan Angkatan Melayu Muda Malaya (GERAM). Dia lahir pada 15 Februari 1921 di Barulak, Sumatera Barat, Indonesia. Dia menerima pendidikan awal di sekolah rendah, sebelum mempelajari Islam dan ekonomi di Moderne Islamietische Kweekschool (MIK), Darul Mu’alliminal ‘Ashriyah dan di Maktab Pendidikan Guru Islam Moden, Bukittinggi, Sumatera Barat. Di MIK, dia belajar selama empat tahun di tingkatan rendah aliran Arab, kemudian empat tahun lagi di tingkatan tinggi yang menggunakan aliran bahasa Arab dan Belanda. Setelah memperolehi Diploma Pendidikan Guru dan Ekonomi Rendah, dia bertugas sebagai guru di MIK hingga tahun 1939. semasa di sekolah tinggi, kesedaran politik antipejajah telah terbentuk hasil penglibatannya dalam gerakan pelajar di sana. Pada tahun 1940, Thaharuddin berhijrah ke Singapura dan menjadi guru di sebuah sekolah Arab, sebelum bertugas sebagai pengurus sebuah syarikat milik rakyat Indonesia hingga syarikat itu ditutup pada tahun 1941.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LATLAT, Dato’ (1951-    ), kartunis. Dia lahir pada 5 Mac 1951 di Kampung Lalang, Kota Baharu, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Nor Khalid. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Baharu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Pasir Puteh, Ipoh dan Sekolah Menengah Anderson, Ipoh hingga tamat Tingkatan Lima pada tahun 1969.BUDAYATokoh
BOROBUDUR

BOROBUDUR, candi terbesar di Indonesia, dibina di kaki Gunung Menoreh yang terletak di wilayah Desa Bumisegoro, dekat Kota Magelang, Jawa Timur.

Borobudur yang bererti ‘Himpunan Kuil-kuil di atas Bukit’ atau ‘Himpunan Kebajikan dalam 10 Tingkatan Bodhisatwa’ mula dibina sekitar tahun 800 M. oleh kerajaan Sailendra, yang memerintah Jawa Tengah dari pertengahan abad ke-8 M hingga tahun 830 M.  Kekuasaan wangsa itu lenyap pada pertengahan abad ke-9 M.  Seabad kemudian kegiatan politik dan budaya berpindah dari Jawa Tengah ke Jawa Timur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
OBASIAH HAJI USMAN

OBASIAH HAJI USMAN (1959  -      ), penulis. Dia lahir pada 30 Disember 1959 di Kudat, Sabah. Obasiah juga dikenal dengan nama Arnida H.O. Dia mendapat pendidik awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Dusun Lambak sebelum meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah St. Cecilia, Sandakan hingga tamat Tingkatan Lima dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

SASTERATokoh
RAHMAH OSMAN, DATO' PADUKA

RAHMAH OSMAN, Dato’ Paduka (1939 -        ), ahli politik, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia (1984-1987) dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Semangat 46 (1988-1992). Dia lahir pada 12 Jun 1939 di Kuala Lumpur. Rahmah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Istana, Kelang dan Kuala Lumpur. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah Perempuan Bukit Bintang hingga Tingkatan Lima. Dia memperoleh Higher School Certificate (HSC) di sebuah sekolah perdagangan di Kuala Lumpur. Setelah bekerja, Rahmah kemudiannya menyambung pelajarannya dan memperoleh Diploma Kewartawanan dari London School of Journalism pada tahun 1971.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SITI NORMA YAAKOB

SITI NORMA YAAKOB, Dato’ (1940 -     ), Hakim Mahkamah Tinggi wanita yang pertama (1983) dan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia wanita yang pertama (1994).  Dia lahir pada 6 Julai 1940 di Seremban, Negeri Sembilan.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rahang (1945-1946) sebelum berpindah ke Convent of the Holy Jesus hingga Tingkatan Lima (1947-1957).  Pada tahun 1958, dia bersekolah di King George V, Seremban, Negeri Sembilan.  Kemudian dia menyambung pengajiannya dan memperoleh Barrister-at Law dari Gray’s Inn, London pada tahun 1962.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAHAYA ISMAILYAHAYA ISMAIL (1940-    ), penulis dan pengkritik sastera dan politik.  Dia lahir pada 30 April 1940 di Simpang Lima, Parit Buntar, Perak.  Nama sebenarnya ialah Yahaya @ Mustapha bin Ismail.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanah Kebun, Parit Buntar,  pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Methodist, Parit Buntar dan Sekolah Laki-laki Methodist, Pulau Pinang.  Setelah tamat Tingkatan Lima, dia mengikut latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta dan berhasil memperoleh Sarjana Sastera dalam bidang Pengajian Sastera Indonesia (1968-1970). Dia kemudiannya meneruskan pengajiannya ke Universiti Monash, Melbourne, Australia dan memperoleh ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1973.SASTERATokoh
BAHA ZAIN, DATO'

BAHA ZAIN, Dato’ (1939 -     ), penyair dan pengkritik kesusasteraan. Dia lahir pada 22 Mei 1939 di Batu 15, Hutang Melintang, Perak. Nama sebenarnya ialah Baharuddin bin Zainal. Anak bongsu daripada satu keluarga sederhana ini, mula bersekolah Melayu di Sabak Bernam, Selangor hingga tamat Darjah Empat pada tahun 1949. Ketika berusia 11 tahun, dia memasuki Anglo-Chinese School, Teluk Anson hingga lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1957. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, dia belajar di Sekolah Anderson, Ipoh dalam Tingkatan Enam. Dia memasuki Universiti Malaya pada tahun 1960 dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas