Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.jauan] | تينجاوان

Definisi : 1. perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ utk mengetahui pendapat umum; 2. hasil drpd meninjau, pandangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.jauan] | تينجاوان

Definisi : hasil meninjau; pandangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinjau
Kata Terbitan : meninjau, tinjauan, peninjau,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINJAUAN PENDAPAT UMUM

Tinjauan pendapat umum ialah satu kajian

untuk mendapatkan sikap, kepercayaan, atau

pendapat sebilangan besar orang ramai. Populasi

yang diliputi mungkin termasuk jutaan individu

tetapi sebenarnya hanya sebilangan kecil daripada

mereka sahaja yang disoal. Jika mereka telah dipilih

dengan berhati-hati, pendapat mereka biasanya

mencerminkan pendapat keseluruhan kumpulan

dengan tepat.

UMUM 
BIERSTADT, ALBERT

Bierstadt, Albert (1830–1902) ialah salah

seorang daripada pelukis landskap romantik

Amerika yang terkemuka. Dia mula-mula melihat

pemandangan yang indah di Barat Amerika pada

tahun 1859 semasa menyertai ekspedisi tinjauan.

Dia membuat lakaran pada ketika itu juga dan

mengambil gambar yang kemudian dilukis

menjadi panorama besar Pergunungan Barat.

Hanya sedikit berasaskan kepada lakarannya dan

foto, lukisan Bierstadt mengungkapkan landskap

yang tersergam indah, yang diperhebat dengan

penggunaan pencahayaan yang dramatik. Bierstadt

menerima 25 000 dolar Amerika untuk sebuah

lukisan, harga yang paling tinggi yang pernah

dibayar bagi lukisan di Amerika pada masa itu.

Walau bagaimanapun, reputasinya merosot di

akhir kerjayanya. Pada hari ini, terutama lukisannya

yang lebih kecil, kembali popular disebabkan

timbulnya minat baru terhadap pergerakan

romantik tahun 1800-an.

UMUM 

Kembali ke atas