Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.pi.kal] | تيڤيكل

Definisi : bersifat spt yg lazim terdapat, merupa­kan contoh sesuatu jenis (golongan dsb), biasa: tokoh Pantalone yg secara ~ mewakili sau­dagar yg kikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tipikal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan lumrah, biasa, lazim, umum, am.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REGRESI

Regresi ialah tanda tipikal penyakit mental

tertentu. Perkataan ini asalnya daripada perkataan

Latin yang bermaksud rosot kembali .

UMUM 
PICASSO, PABLO

Picasso, Pablo (1881–1973) ialah pelukis yang

terkenal pada tahun 1900-an. Dia dikenali kerana

arca, lakaran, grafik, dan seramiknya. Dari

beberapa segi, dia memiliki ciri pelukis tahun

1900-an yang tipikal kerana sentiasa menyambut

baik keadaan, suasana dan cabaran yang berubah-

ubah dengan amat pantas. Gayanya yang mencari-

cari menjadikannya pelopor dalam melahirkan

kerumitan pada tahun 1900-an.

UMUM 
ATRIUM

Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang

Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan

yang digunakan untuk memasak, tidur dan

berhibur. Satu lubang di tengah-tengah

bumbung membolehkan asap keluar. Apabila

reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju,

dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang

lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan

pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk

melalui lubang di tengah-tengah bumbung

ditadah dalam besen marmar yang dikenali

sebagai impluvium. A trium orang Rom yang

tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah.

Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom).

UMUM 
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 

Kembali ke atas