Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ri] | تيري

Definisi : (anak, bapa, ibu) yg tidak ada perhubungan darah, bukan (anak, bapa, ibu) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ri] | تيري

Definisi : bukan anak (bapa, ibu dsb) sendiri: anak ~ anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); bapa ~ suami ibu yg bukan bapa sendiri; ibu ~ isteri bapa yg bukan ibu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiri

Puisi
 

Aku suka berumah tinggi,
     Pelantar besar sudah roboh;
Aku suka beranak tiri,
     Anak besar senang disuruh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Anak kandung ditimang-timang,
     anak tiri ditengking-tengking.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OCTAVIA

Octavia (69?S.M.–11S.M.) ialah kakak tiri tua

pemerintah Rom yang bernama Octavian, yang

menjadi maharaja Augustus pada tahun 27 S.M.

Octavia mengahwini pemerintah bersama

Octavian iaitu Mark Antony pada tahun 40 S.M.

Perkahwinan ini memeteraikan perjanjian damai

yang mengakhiri perang saudara antara Octavian

dengan Antony. Octavia melahirkan dua orang

anak perempuan, Antonia Tua dan Antonia

Muda.

UMUM 
MACBETH

Macbeth ( ? –1057), menggulingkan raja Scotland

pada tahun 1040, setelah menewaskan dan

membunuh Raja Duncan I. Dia mendakwa bahawa

dia berhak menaiki takhta kerajaan Scotland kerana

isterinya keturunan diraja. Malcolm III, anak

Duncan I, dan Earl Siward dari Northhumberland

telah mengalahkan Macbeth di Dunsinane pada

tahun 1054 tetapi tidak menggulingkannya. Tiga

tahun kemudian, Malcolm III telah membunuh

Macbeth di Lumphanan. Anak tiri Macbeth, Lulach,

berjaya memerintah semula selama beberapa

bulan, kemudian Malcolm III menggantikan Lulach

sebagai raja.

UMUM 
SULTAN ABU SHAHID

SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 – 1446).  Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim.  Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah.  Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera.  Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja.  Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah).  Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri.  Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah.  Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas