Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.roid] | تيرويد

Definisi : kelenjar ~ (Bio) organ (terletak di bahagian hadapan leher) yg mengeluarkan sj hormon utk mengawal kadar pertumbuhan badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.roid] | تيرويد

Definisi : , = kelenjar ~ ist kelenjar yg merembeskan hormon tiroksina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiroid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELENJAR TIROID

Kelenjar tiroid ialah kelenjar endokrin

(pengeluaran hormon) yang terletak di depan

leher. Ia mempunyai dua lobus (bahagian) di setiap

sisi trakea (salur udara). Kedua-dua lobus ini

disambungkan oleh satu jalur nipis tisu. Rangkaian

pembuluh darah menyelaputi kelenjar ini. Tiroid

mengambil iodin dari darah dan menggunakannya

untuk membuat hormon aktif, tiroksina yang juga

dikenali sebagai tetraiodotironina dan

triiodotironina . Hormon tiroid tidak aktif tersimpan

di dalam lobus dalam ruang yang dikenali sebagai

folikel .

UMUM 
KELENJAR PARATIROID

Kelenjar paratiroid terdiri daripada empat

kelenjar kecil yang berfungsi sebagai satu kelenjar.

Kelenjar-kelenjar ini terletak di depan leher dekat

kelenjar tiroid. Kelenjar paratiroid merembes

hormon paratiroid (PTH), yang juga dinamakan

parathormon , ke dalam darah. PTH membantu

mengawal amaun kalsium dan fosfat dalam badan.

Mineral ini diperlukan untuk beberapa proses

badan yang penting, termasuk pertumbuhan

tulang dan otot, dan fungsi saraf.

UMUM 
TIMUS

Timus ialah satu organ leper berwarna merah

samar yang memainkan peranan penting dalam

sistem imun tubuh badan manusia. Ia terletak di

bahagian atas rongga dada di belakang tulang

dada dan memanjang ke bahagian bawah leher di

bawah kelenjar tiroid.

UMUM 
SINDROM SALURAN KARPAL

Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa

yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu

penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan

pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran

yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada

pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai

saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh

menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan

memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk

kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan;

artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon

dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh

menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling

tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar,

seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang

melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang

berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom

saluran karpal.

UMUM 

Kembali ke atas