Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.tian] | تيتين

Definisi : 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi peng­hubung antara dua pihak dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tian] | تيتين

Definisi : jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil (sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tian] | تيتين

Definisi : jambatan kecil yg di­buat drpd batang kayu, papan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata titian

Puisi
 

Tahu sudah titian licin,
     Adik jua jalan dahulu;
Tahu sudah kita miskin,
     Gilanya adinda mulai dahulu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Titian air,
     polong asap.

Bermaksud :

Orang pengantara yang menolong mencarikan keuntungan dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TITIAN

Titian (1487?–1576) ialah pelukis dari Venice semasa

Zaman Renaissance di Itali. Dalam kerjayanya yang

panjang yang berterusan selama 70 tahun, dia

menjadi seorang daripada pelukis yang paling

berpengaruh dan berjaya dalam sejarah seni lukis.

Hasil karya Titian termasuk potret dan lukisan

mitos dan peristiwa agama. Dia mencipta satu bentuk

gaya yang banyak mempengaruhi seni lukis Eropah

selama lebih 200 tahun.

UMUM 

Kembali ke atas