AHMAD ISMAIL | AHMAD ISMAIL, Datuk (1899-1969), tokoh masyarakat dan penerbit buku. Dia lahir pada 3 Ogos 1899 di Kota, Kelantan. Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Garong dari tahun 1912 hingga tahun 1915, tetapi setakat Darjah dua sahaja. Tetapi atas kesedarannya sendiri, dia masuk sekolah swasta yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan di bawah pimpinan Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tuk Kenali, ulama yang amat terkenal) membolehkannya fasih berbahasa Arab. | SASTERA | Konsep |
TAN CHEE KHOON | Ahli politik dan aktivis masyarakat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
O'NEALE, PEGGY | O’Neale, Peggy (1796–1879) ialah salah seorang tokoh utama dalam salah satu sejarah pergeseran terbesar masyarakat Washington, D.C. Pergeseran itu menyebabkan Presiden Amerika Syarikat, Andrew Jackson, menyusun semula Kabinetnya. | UMUM | |
AWANG SEMAUN | AWANG SEMAUN, tokoh legenda Brunei. Wataknya mucul melalui karya sastera sejarah yang berjudul Syair Awang Semaun. Ketokohan Awang Semaun dalam masyarakat Melayu Brunei, dapat dibandingkan dengan ketokohan Hang Tuah bagi masyarakat Melayu amnya. | SASTERA | Konsep |
MOHD. EUNOS ABDULLAH | MOHD. EUNOS ABDULLAH (1876-1933), pengarang akhbar dan aktivis masyarakat Singapura. Dua lahir di Singapura . Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Raffles Institution hingga berjaya dalam bidang perdagangan (1893-1894). Selepas tamat persekolahannya, dia bertugas di pejabat Master Attendant di Singapura dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Syahbandar di Muar, Johor. | SASTERA | Tokoh |
NYAI RORO KIDUL | NYAI RORO KIDUL, tokoh legenda masyarakat Jawa di Indonesia sekitar tahun 1580-an. Dia dianggap sebagai ratu atau dewi yang dipercayai boleh menguasai jin dan roh ghaib di Laut Selatan, Pulau Jawa. Keturunannya dipercayai masih menjadi penguasa Kesusuhunan dan Mangkunegaraan di Surakarta serta kesultanan dan kepakualaman di Yogyakarta dongeng yang dikisahkan dalam Babad Tanah Jawi, sejarah utama dan rasmi daripada raja-raja Mataram, Raja Mataram yang pertama daripada dinasti itu telah menikahi Nyai Roro Kidul. Semenjak itu penguasa Laut Selatan ini telah menikahi para raja Jawa. Kini, yang dianggap keturunan raja adalah daripada Susuhunan Surakarta dan Sultan Yogyakarta di puri Mangkunegaraan atau Pakualaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ANN ABDUL MAJID | ANN ABDUL MAJID, Datin (1928 - ), tokoh kebajikan masyarakat. Dia lahir pada 20 Mac 1928 di Kuala Lumpur. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Baru pada tahun 1934 dan kemudian dia meneruskan persekolahan di Sekolah Convent Kuala Lumpur pada tahun 1938. Dia melanjutkan pengajian di London School of Economics dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan mendapat Diploma of Social Sciences. Dia juga mendapat Diploma in Administratration of Rehabilitation Services, Toronto, Kanada. | BUDAYA | Konsep |
PHILIP JITAM | PHILIP JITAM (1903-1964), pemimpin masyarakat Iban. Dia lahir pada 10 Ogos 1903 di Lundu, Sarawak. Philip Jitam mendapat pendidikan di Sekolah St. Thomas, Kuching dan kemudiannya belajar sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUK | MOHD. NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ROBERT JITAM | ROBERT JITAM (1905-1971), pemimpin masyarakat Dayak, Sarawak. Dia lahir pada 18 September 1905. Robert Jitam adalah anak Henry Jitam, bekas pegawai kerajaan Sarawak. Dia mendapat pendidikan di Sekolah St. Thomas, Kuching hingga tamat Darjah Tujuh. Dia dilantik sebagai wakil kaum Iban yang pertama menganggotai Lembaga Perbandaran Kuching pada tahun 1948. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |