DOOLITTLE, JAMES HAROLD | Doolittle, James Harold (1896–1993) ialah juruterbang Amerika yang terkenal. Dia mengetuai pengeboman yang pertama ke atas Tokyo semasa Perang Dunia II. Dia memandu kapal terbang pengebom berenjin kembar 16 B-25, dari pangkalan pesawat pengangkut U.S.S. Hornet dalam serangan mengejut ke atas Tokyo pada 18 April 1942. | UMUM | |
PROGRAM PENERBITAN BERSAMA ASIA PASIFIK (ACCU) | Program pengembangan buku anjuran Asia Pacific Cultural for Unesco (ACCU), Tokyo, Jepun. | SASTERA | Kegiatan |
OSAKA | Osaka (pend. 2 636 260) ialah bandar yang ketiga terbesar di Jepun. Hanya Tokyo dan Yokohama mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai daripadanya. Osaka merupakan pusat industri dan perdagangan yang penting, terletak di Teluk Osaka di pantai selatan Pulau Honshu [lihat Jepun (peta politik)]. | UMUM | |
ROSE, LIONEL | Rose, Lionel (1948– ) ialah peninju Orang Asli Australia. Dia menjadi juara tinju bantam weight dunia pada tahun 1968. Dia menewaskan peninju Jepun, Masahiko “Fighting” Harada mengikut kiraan mata dalam perlawanan untuk merebut gelaran ini di Tokyo. Kemenangan ini adalah yang ke-16 berturut-turut bagi Rose. Dengan kemenangan ini, dia memenangi 28 daripada 30 pertandingan profesional. Dia hilang gelarannya kepada peninju Mexico, Ruben Olivares, di Mexico pada tahun 1969. | UMUM | |
SNELL, PETER | Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962, dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela (1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3 saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara 800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake, di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada bidang olahraga pada tahun 1965. | UMUM | |
ANAKKU SAZALI | ANAKKU SAZALI, filem Melayu terbitan Malay Filem Productions Ltd. Pada tahun 1956, arahan Phani Majumdar. Filen yang dibintangioleh P. Ramlee ini menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, dalam Festival Filem Asia yang diadakan di Tokyo pada tahun 1957. | BUDAYA | Konsep |
OH, SADAHARU | Oh, Sadaharu (1940– ), menjadi pemain besbol Jepun yang terkenal. Dia merupakan pemukul bola yang cemerlang, yang telah membuat skor 868 larian dalam kerjayanya ketika menyertai liga Jepun. Ia merupakan rekod dunia, lebih tinggi daripada yang dilakukan oleh Henry “Hank” Aaron dari Amerika. Sadaharu Oh lahir di Jepun, walaupun ibu bapanya berketurunan Cina. Selepas tamat sekolah tinggi di Waseda, dia menjadi pemain besbol profesional. Kerjayanya dalam liga utama bermula pada tahun 1959 setelah dia menganggotai Yomiuri. Dia bersara pada tahun 1980 dan kemudian dilantik sebagai pengurus Tokyo Giants. | UMUM | |
PULAU WAKE | Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake, Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang 300 orang. Dengan batu karang yang melengkung, pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo. Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh- tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok- pokok renek dan belukar. | UMUM | |
TURINO DJUNAEDI | TURINO DJUNAEDI (1927 - ), pengarah, produser, penulis skrip dan usahawan Indonesia. Dia lahir pada 6 Jun 1927 di Padangtiji, Aceh, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Teuku Djuned. Dia mendapat pendidikan awal di Hollandsh-Inlandsche School (HIS), kemudian berpindah ke Sekolah Lanjutan Perguruan (SLP) pada tahun 1942. Turino pernah menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Solo, Jawa, tetapi tidak tamat. Dia juga pernah mengikuti kursus Sinematografi dan Produksi Filem di Tokyo pada tahun 1964. | BUDAYA | Teori/Teorem/Hukum |