Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.la/] | تولق

Definisi : 1. dorong, sorong; kereta (gerabak, pedati) ~ kereta dll sorong; wang ~ wang suap (sogok); 2. kurang, potong; kira-kira ~ kira-kira bkn mengurangi angka; tanda ~ tanda utk mengurangkan (-); ~ ansur = ~ raih saling menuruti (memberi); ~ bahara (bara) pemberat sbg pengimbang dlm perahu; ~ bala penangkal bahaya (bencana, penyakit, dll) dgn doa, kenduri utk menjauhkan bencana dll; ~ balik a) pulang pergi; b) menghantar kembali (barang-barang dll); ~ senjata sl wang atau pemberian-pem­berian yg lain yg diberikan oleh penduduk kpd musuh supaya jangan dilanggar (diganggu dll); ~ sumpah Mn sj hiasan kalung (dokoh); ~ tepi ditinggalkan dan tidak dipedulikan, tidak masuk kira; bertolak 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. ber­mula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, ber­pangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; ~ ansur saling menuruti (memberi), ber­kom-promi; ~ belakang (dgn) berpisah dan saling membelakangi (spt seorang ke utara seorang lagi ke selatan); ~ pinggang Jk bercekak pinggang; ~ punggung berangkat pergi; bertolak-tolak Mn saling membebankan orang lain (kesalahan, pekerjaan, dll), saling melepaskan tanggungjawab; bertolak-tolakan saling menolak antara satu sama lain: orang ramai berasak-asakan dan ~ utk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak pd malam itu; menolak 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; harga ini boleh ditolak sedikit boleh dikurangi sedikit; ~ bala men­jauh­kan bala dgn berdoa dll; ~ tuah melepas­kan peluang yg baik; tolak-menolak bertolak-tolakan; menolakkan 1. mendorongkan, menyorong-kan: maka dibawanya Sang Naya ke atas kota tinggi lalu ditolakkannya keluar; 2. membebankan pekerjaan (tanggungjawab): jangan ditolakkan kesilapan itu kpd orang lain, awak sendiri yg bertanggungjawab; 3. mengurangkan, membuangkan, memotong; tertolak dapat atau berupaya menolak: dia tidak ~ seorang diri keretanya yg rosak di tepi jalan; tolakan 1. desakan ke depan, dorongan, so­rong­­an; 2. sesuatu yg sudah ditolak, tampi­kan; 3. potongan, surutan (harga dll); penolakan perihal (perbuatan dsb) meno­lak(kan), penampikan, penangkalan, penang-kisan, pencegahan, pengurangan: ~ pemakaian tenaga atom dlm peperangan; penolak sesuatu yg menolak, alat utk menolak, penangkal, penangkis, pencegah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.la/] | تولق

Definisi : ; kereta ~ kereta yg bergerak dgn disorong dr belakang. kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jum­lah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). ~ bala penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. ~ balik pergi balik. ~ bara batu pemberat (di perahu). ~ tepi bp tidak dipedulikan. bertolak pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. menolak 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. tolakan 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. penolakan perbuatan atau hal menolak. penolak sesuatu yg menolak; alat utk menolak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Puisi
 

Tolak laju terus ke Pahang,
     Haluan menuju Kuala Parit;
Bagaimana hati tak sayang,
     Hartaku habis bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(12)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TOLAK BALA

TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri.

BUDAYAAdat
TEKANAN RERAMBUTPerbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po – Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg – Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
SAADI

Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang

masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan

puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah

Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa

dengan memasukkan banyak rangkap tentang

moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang

jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak

ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti

moral yang tinggi dalam penulisannya

berkemungkinan telah menjadikannya paling

popular di kalangan pengarang Parsi.

UMUM 
POSTUR

Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika

berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh

keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan

terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara

berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot

tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus.

Otot ini termasuk otot yang menahan belakang,

pinggul dan lutut daripada bengkok.

Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan

tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur

ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah.

UMUM 
BALADA ORANG-ORANG TERCINTA

BALADA ORANG-ORANG TERCINTA, kumpulan puisi berbentuk balada karya W.S. Rendra yang terbit pertama kali pada tahun 1956. Antara semua kumpulan puisi Rendra yang ada, kumpulan puisi ini penting kerana: (i) merupakan kumpulan puisi pertama Rendra sehingga dapat digunakan sebagai titik tolak bagi pemahaman sejarah kepenyairan penyair yang bersangkutan, (ii) merupakan kumpulan puisi yang berhasil mendapatkan Hadiah Sastera Nasional Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional (BMKN), dan (iii) sebagai kumpulan puisi pertama dalam sejarah perpuisian Indonesia yang didominasi oleh bentuk balada.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas