Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bandingan, imbangan (yg sama), tara: tidak ada ~ bandingnya; alat ~ sj alat utk mengukur kuasa atau kuantiti hujan (arus, angin, dll); ~ hujan alat yg diguna-kan utk mengukur banyaknya air hujan; ~ Sulaiman sl sj azimat; ~ tekanan alat utk menguji atau mengukur tekanan sesuatu, mis stim; setolok sama tingkatnya (kedudukannya dll), sebanding, seimbang, setara; kunci ~ anak kunci yg sesuai dgn berbagai-bagai kunci (mangga); tiada ~ (dgn) tidak sebanding (dgn), tidak seimbang (setara) dgn; bertolok berbanding, berimbang; tidak ~ tidak ada yg menyamainya, tiada samanya, tiada dua; menolok menyamakan (ukuran, timbangan) dgn ukuran (timbangan) yg sebenarnya; penolok 1. imbangan, yg sama; 2. ukuran yg dipakai sbg piawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tolok
Kata Terbitan : setolok,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALUSIY, ABU AL-THANA’ SHIHAB AL-DIN, AL-

Alusiy, Abu al-Thana' Shihab al-Din, al-

(1217 H.–1270 H./ 1802 M.–1854 M.), ahli fiqh, ahli

tafsir dan ahli hadith. Nama penuhnya ialah Shihab

al-Din Mahmud ibn ‘Abdullah al-Husayniy. Dia lahir

di Baghdad dan menerima pendidikan daripada

ulama yang sezaman dengannya. Dia seorang yang

cerdik, bijak dan sangat mementingkan pengajian.

Hampir semua perkara yang didengarnya tidak

dilupakannya, sehingga dia menjadi ulama yang

tiada tolok banding pada zamannya

UMUM 
THOMSON, TOM

Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis

landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan

dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson

dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan

diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920.

Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario,

Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun

untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada

musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk

menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis

berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut

menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah

gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan

tersebut bercirikan warna-warna terang dan

pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok

banding. <i> Northern Lakei>, hasil karya Thomson yang

pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni

Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran

Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di

Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917.

Lihat juga Kanada (Seni [gambar])

UMUM 

Kembali ke atas