THOMSON, TOM | Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920. Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario, Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan tersebut bercirikan warna-warna terang dan pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok banding. <i> Northern Lakei>, hasil karya Thomson yang pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917. Lihat juga Kanada (Seni [gambar]) | UMUM | |
STOWE, HARRIET BEECHER | Stowe, Harriet Beecher (1811–1896) ialah penulis wanita Amerika yang dikenangi terutamanya kerana novel anti perhambaannya, <i>Uncle Tom’s Cabini> (1851–1852). Buku itu amat berjaya di Amerika Syarikat dan juga di luar negeri, dan beberapa wataknya, termasuk Uncle Tom, Little Eva, Topsy, dan Simon Legree, menjadi masyhur. | UMUM | |
STRATTON, CHARLES SHERWOOD | Stratton, Charles Sherwood (1838–1883) ialah orang kerdil Amerika yang menjadi sangat terkenal melalui nama sarkasnya, Jeneral Tom Thumb. Semasa muda, ketinggian Stratton hanyalah 64 sentimeter dan berat badannya 6.8 kilogram. Dia begitu cerdik hinggakan ketika berumur enam tahun dia dipamerkan oleh P.T. Barnum seolah-olah dia seorang yang telah dewasa. | UMUM | |
STREETON, SIR ARTHUR | Streeton, Sir Arthur (1867–1943), pelukis landskap Australia yang paling terkenal dari tahun 1920 hingga tahun 1940. Dia ialah ahli kumpulan <i>Aliran Heidelberg. i>Dia mencerminkan prinsip-prinsip yang disokong oleh Tom Roberts. Ciri utama landskap dalam lukisan minyaknya adalah penggunaan warna biru yang menyerlah dengan keemasan dan coretan berus empat segi yang menyebabkan terbatasnya penghargaan terhadap karyanya di London. Lukisannya <i>The Purple Noon’si> <i>Transparent Might i>dan lukisan-lukisannya yang lain tentang desa Sungai Hawkesbury membuatkannya terkenal di Australia. Namun karyanya yang terawal, <i>Still Glides the Stream, i>yang kini berada di Art Gallery New South Wales, Sydney, dianggap sebagai karyanya yang terbaik. | UMUM | |
DAMPIER | Dampier (pend. 2201) ialah sebuah pelabuhan laut dalam dan perbandaran di King Bay (Teluk King) di sebelah pantai barat laut Autralia Barat. Pelabuhan ini dibina oleh Hamersely Iron Pty. Ltd. sebagai jalan keluar utama bagi bijih besi yang diperoleh dari Mount Tom Price dan Paraburdoo. | UMUM | |
PERRAULT, CHARLES | Perrault, Charles (1628–1703), penulis Perancis, dikenali ramai kerana buku cerita dongeng yang dikumpulkannya, iaitu <i> Tales of i> <i> Mother Goose i> . Kumpulan cerita dongeng ini yang diterbitkan di bawah nama anak lelakinya pada tahun 1697 termasuklah “ <i> Sleeping Beauty i> ”, “ <i> Little i> <i> Red Riding Hood i> ”, “ <i> Bluebeard i> ”, “ <i> Puss in Boots” i> , “ <i> Cinderella i> ”, dan “ <i> Tom Thumb i> ”. Lihat Mother Goose. | UMUM | |
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU | LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |