Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tom.po/] | تومڤوق

Definisi : 1. kumpulan yg tidak begitu besar, kelompok kecil; 2. longgokan yg kecil, tim­bun­an: se~ rambutan; 3. bintik besar yg bulat (pd binatang dll): atap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya; bertompok-tompok 1. berkelompok-kelompok: anak-anak muda ~ duduk di atas pasir; 2. bersusun-susun, bertimbun-timbun: buku yg ~; 3. tidak rata (warna dll), setempat-setempat, berbintik-bintik besar: anak kambing yg berwarna coklat ~ putih; 4. ki bertimbun-timbun, banyak sekali; menompokkan 1. meletakkan bersusun-susun, melonggokkan; 2. mengumpulkan banyak-banyak, menimbun-nimbunkan; tertompok tersusun bertindih-tindih, ter-kumpul banyak-banyak; tompokan longgokan, timbunan; penompokan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) menompokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.po/] | تومڤوق

Definisi : 1 kumpulan atau kelompok yg agak kecil; longgok kecil: Ia mem­beli se~ buah langsat. 2 bintik besar pd kulit binatang dll. bertompok ada tompok pdnya. bertompok-tompok 1 terdapat banyak tompok pdnya; ber­kelompok-kelompok. 2 tidak rata (ttg warna dll): Bulu kucingnya berwarna putih ~ hitam. menompokkan me­letakkan bertompok-tompok; me­long­­gokkan. tompokan kumpulan yg bertompok-tompok; longgokan; timbunan. penompokan perbuatan atau hal menompokkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tompok (kata nama)
Bersinonim dengan capuk, topok, bintang, bintik, titik, totol;,
Kata Terbitan : bertompok-tompok, menompokkan,

Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORYX

Oryx ialah nama tiga spesies antelop yang hidup di

kawasan gurun. Kesemuanya mempunyai bulu

berwarna cerah yang berbaur dengan latar

persekitarannya. Tompok-tompok gelap jelas

kelihatan pada mukanya. Oryx tingginya sehingga

satu meter pada paras bahu.

UMUM 
TOMPOK MATAHARIFenomenaFIZIKFenomena
KUCING HARIMAU

Kucing harimau atau quoll ekor bertompok-tompok

ialah marsupial yang memakan daging,

yang hidup di timur Australia dan Tasmania.

UMUM 
DALMATIAN

Dalmatian ialah anjing bersaiz sederhana. Anjing

ini berwarna putih bertompok-tompok hitam atau

merah hati.

UMUM 
ANGSA HITAM

Angsa hitam ialah sejenis burung air yang

berwarna hitam, kecuali tompok putih di atas

kepaknya, sementara paruh dan matanya

berwarna merah.

UMUM 
REDSHANK

Redshank ialah burung randuk di Eropah dan

utara Asia. Pada musim pembiakan, kedua-dua

jantina burung ini mempunyai tompok putih yang

ketara pada sayapnya, bulu ekor yang berjalur

putih dan hitam, serta paruh dan kaki yang

berwarna jingga merah terang.

UMUM 
KINGLET

Kinglet ialah burung kecil berwarna hijau buah

zaitun dan berjambul (tompok) berwarna terang di

atas kepalanya. Dua jenis kinglet, satu berjambul

keemasan dan satu lagi berjambul merah delima,

hidup di Amerika utara. Burung ini panjangnya

lebih kurang 10 sentimeter. Ia terbang pantas untuk

mencari serangga.

UMUM 
THRUSH

Thrush ialah nama sekumpulan burung nyanyi

yang terdapat di seluruh dunia. Banyak thrush

adalah burung biasa, berwarna perang dan

bahagian bawahnya bertompok-tompok pucat.

Kebanyakannya bersaiz kecil atau sederhana

antara 10 sentimeter dengan 35 sentimeter

panjangnya. Robin, wheateater burung hitam , dan

nightingale kesemuanya tergolong dalam

kumpulan thrush.

UMUM 
TAYRA

Tayra ialah anggota yang besar dalam famili

wesel . Ia hidup di hutan tropika dari Mexico

hingga ke Argentina. Kebanyakan tayra berbulu

hitam atau perang tua dengan tompok putih atau

kuning di dadanya. Bulu di kepalanya beransur-ansur

berubah menjadi perang atau kelabu apabila

haiwan ini semakin tua. Tayra dewasa beratnya

lebih kurang lima kilogram dan panjangnya lebih

kurang 105 sentimeter, termasuk ekornya

sepanjang lebih kurang 40 sentimeter.

UMUM 
LILI HARIMAU

Lili harimau ialah bunga taman yang tinggi

yang pada asalnya tumbuh di timur Asia. Ia

mendapat namanya kerana bunganya berwarna

jingga kemerahan dengan bertompok-tompok

hitam. Penduduk di China, Jepun dan Korea

menggunakan bebawang lili harimau sebagai

makanan.

UMUM 
12

Kembali ke atas