MENYANYI | Menyanyi ialah penghasilan ton-ton muzik oleh suara manusia dengan atau tanpa perkataan. Menyanyi ialah satu bentuk penyataan semula jadi yang terdapat dalam kebudayaan dan masyarakat di seluruh dunia. | UMUM | |
MELUKIS | Melukis ialah perbuatan membuat reka bentuk atau imej menggunakan garis atau ton, di atas sebarang permukaan yang sesuai. Reka bentuk atau imej yang dihasilkan dikenali sebagai lukisan. | UMUM | |
KLAVIKORD | Klavikord ialah alat muzik papan nada yang menjadi perintis kepada piano. Ton klavikord dihasilkan oleh bilah logam yang memukul tali wayar alat apabila mata ditekan. | UMUM | |
NADA | Nada ialah istilah muzik yang digunakan untuk menerangkan nada kunci komposisi muzik itu dikarang. Nyanyian yang dikarang dengan nada C mempunyai C sebagai nada kuncinya, iaitu pusat nada tengah skala C. Nada termasuk ton skala dan kesemua kod yang dibuat daripada ton tersebut. Nada pertama skala itu dikenali sebagai nada kunci atau <I>tonikI>, dan nada itu mendapat namanya daripada nada pertama. Tiap-tiap satu daripada 12 skala major dan 12 skala minor mempunyai satu nada kunci. Istilah nada juga bererti jari kelengkeng yang membuka dan menutup lubang-lubang bunyi pada alat tiup seperti klarinet atau basun. Alat seperti piano atau organ mempunyai tuas yang dikenali kekunci. Pemainnya menekan kekunci tersebut untuk menghasilkan bunyi. | UMUM | |
MUZIK ALEATORI | Muzik aleatori ialah sejenis muzik yang mempunyai bentuk khusus dalam gubahan yang tidak ditentukan oleh penggubah. Penggubah tidak akan menentukan kelangsingan nada, ritma dan warna ton. Mereka hanya mengehadkan bahan ini dan menyesuaikan sama ada dengan prosedur <i>chance i>atau penghibur yang akan membuat persembahan untuk memilih dan membentuknya. | UMUM | |
ROSTROPOVICH, MSTISLAV LEOPOLDOVICH | Rostropovich, Mstislav Leopoldovich (1927– ) ialah pemain celo terhandal di dunia. Dia juga merupakan seorang pemimpin yang unggul. Sebagai pemain celo, dia menonjolkan emosi dan imaginasi melalui kepelbagaian ton dalam iramanya. Ramai penggubah lagu telah bekerjasama dengannya. Antaranya Sergei Prokofeiv, Dimitri Shostakovich, dan Aram Khachaturian dari Kesatuan Soviet, serta Benjamin Britten dari United Kingdom. | UMUM | |
SIMBAL | Simbal ialah sejenis alat perkusi bras yang bentuknya seperti topi dengan tepinya yang lebar. Bahagian tengah simbal ini menyerupai kepala atau puncak topi. Ahli muzik memegang pada pemegang kulit simbal yang diikat pada bahagian tengah gendang ataupun dengan menggantungkan alat ini pada tempat khas. Pemain boleh menghasilkan ton yang berubah-ubah mutunya dengan cara memukul dua simbal bersama-sama atau dengan cara memukul satu simbal dengan menggunakan sejenis tukul khas. Tukul ini diperbuat daripada logam atau kayu dan sesetengahnya dibalut dengan kain felt atau yarn. | UMUM | |