LIM GOH TONG, TAN SRI | Lim Goh Tong, Tan Sri (1918-2007), ahli perniagaan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |
SILO | Silo ialah tong simpanan untuk tumbuhan hijau yang dicencang yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. Silo membolehkan peladang membekalkan makanan yang berjus, sedap kepada haiwan ternakan sepanjang tahun. Sebelum silo direka, lembu menghasilkan kurang susu pada musim sejuk kerana tiada rumput hijau untuk dimakan. | UMUM | |
ABDUL RAHMAN LIMBONG | ABDUL RAHMAN LIMBONG ( ? -1929), ulama, dan pembela petani. Dia lahir di Kampung Jenguk Tong, Beladau Kolam, Kuala Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ORGAN TANGAN | Organ tangan ialah nama umum untuk beberapa jenis alat muzik yang menghasilkan muzik apabila pemainnya memutar hendalnya. Jenis yang paling umum ialah organ putar, atau organ piano, yang dimainkan oleh pemuzik jalanan. Alat ini terdiri daripada sebuah kotak yang mengandungi paip atau pipit lelidah logam dan silinder, yang dikenali sebagai tong, di mana pancang disusunkan. Apabila tong dipusing, pancang akan membuka injap pada paip tertentu. Putaran tersebut akan menyebabkan asakan masuk udara ke dalam paip yang terbuka lalu mengeluarkan muzik. | UMUM | |
SATAH CONDONG | Satah condong ialah peranti yang digunakan untuk mengangkat beban berat menggunakan daya yang agak kecil. Contohnya, menolak beban menaiki tanjakan ke atas sebuah pelantar memerlukan kurang daya daripada mengangkat beban ke atas pelantar, kerana beban bergerak lebih jauh. Katakanlah pelantar itu tingginya 3 ½ meter, tanjakan panjangnya 14 meter dan beban adalah sebuah tong 200 kilogram. Kerja yang diperlukan untuk mengangkat tong itu ke atas pelantar bersamaan dengan beban didarabkan dengan ketinggian, atau 200 x 3½, yang bersamaan dengan 700 kilogram daya-meter (atau 6860 newton-meter). Tetapi jika beban itu digolekkan menaiki tanjakan, daya yang diperlukan adalah: Daya = beban x ketinggian atau F =200 x 3½ = 50 kilogram ______________- ____________- daya jarak 14 Walaupun satah condong mengurangkan daya, amaun kerja yang dilakukan tetap 700 kilogram daya-meter (50 x 14). Satah condong adalah satu daripada enam mesin mudah (lihat Mesin [Enam mesin mudah]). | UMUM | |
SAINT BERNARD | Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang menjadi terkenal kerana menyelamatkan pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St. Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard dilatih untuk menyelamatkan mereka yang menghadapi masalah begini. Dengan deria bau yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk memandu pengembara melalui laluan yang berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada sebuah tong kayu kecil yang tergantung di lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St. Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini semasa misi menyelamat. | UMUM | |
BANTING | BANTING, perbuatan memukul pokok padi yang telah dipotong ke kotak atau tong, untuk mengasingkan buah padi daripada tangkainya. | BUDAYA | Konsep |
ASID TARTARIK | Asid tartarik ialah kimia organik yang terdapat secara semula jadi di dalam buah anggur dan beberapa jenis buah-buahan yang lain. Asid ini biasanya digunakan untuk pengeluaran jem dan minuman anggur berkarbonat. Kebanyakan asid tartarik komersial diperoleh sebagai hasil sampingan industri wain. Kristal asid yang tidak berwarna ini diterbitkan daripada kalium hidrogen tartrat atau argol yang berkumpul di dinding tong wain semasa proses penapaian anggur. | UMUM | |
GENDANG GANGSA | GENDANG GANGSA, gendang yang diperbuat daripada gangsa termasuk bahagian atas sebagai palunya. Dengan sekeping logam nipis berbentuk tong, tanpa bahagian bawah, gendang gangsa dibentuk. Sebahagian besar gendang gangsa yang ditemui mempunyai ragam hias yang menarik dan mempunyai saiz antara 20 cm hingga 120 cm dengan berat 23 kg hingga 122.9 kg. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
SALMI MANJA | SALMI MANJA, (1937 - ), wartawan dan penulis Singapura. Dia lahir pada 24 Julai 1937 di Singapura. Nama sebenarnya ialah Saleha Abdul Rashid. Nama samaran yang digunakannya ialah Melati Desa dan Rashidah Saleh. Salmi mendapat pendidikan Inggeris dan Arab di Sekolah Inggeris Tong Chai, Tanjung Katund an Sekolah Arab Darul Maarif, Ipoh Lane, Singapura. Selepas tamat sekolah menengah, dia bekerja sebagai guru agama di sekolah lamanya sebelum menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. | SASTERA | Tokoh |