Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong.kang] | توڠکڠ

Definisi : sj perahu yg agak besar (utk mengangkut barang-barang); ~ terbalik angka 96 dlm permainan loto;bertongkang menaiki tongkang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kang] | توڠکڠ

Definisi : perahu yg agak besar dan berdasar rata yg digunakan utk mengangkut barang-barang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tongkang
Rujuk :perahu

Puisi
 

Asam paya buahnya manis,
     Bawa dari Sungai Tongkang;
Pagi raya duduk menangis,
     Mengenang diri di rantau orang.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELAN ABDULLAHMELAN ABDULLAH, Tan Sri (1919-      ), wartawan.  Dia lahir pada 24 April 1919 di Kampung Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUNGAI MOSELLE

Sungai Moselle, cawangan Sungai Rhine,

bermula dari Pergunungan Vosges di timur

Perancis. Sungai Moselle mengalir hala ke timur

laut sejauh 513 kilometer dan mengalir masuk ke

Sungai Rhine di Koblenz, Jerman. Ia dikenali

sebagai Mosel di Jerman. Sebahagian besar sungai

ini adalah cetek. Terusan sepanjang 274 kilometer

membolehkan tongkang sampai sehingga 320

kilometer ke hulu sungai.

UMUM 
MELAN ABDULLAH, TAN SRI

MELAN ABDULLAH, Tan Sri (1919-      ), wartawan.  Dia lahir pada 24 April 1919 di Kampung Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor.  Nama sebenarnya ialah Mohamad Ramadhan, kemudian ditukar menjadi Melan disebabkan kesukaran menyebutnya dalam bahasa Jawa.  Bapanya, Abdullah bin Yahya (Joyosmarom) berasal dari Jawa Tengah.  Melan memakai nama samaran Iskandar Muda dalam puisi, cerpen dan lakonan sandiwara radio pada tahun 1940-an.

SASTERATokoh
RUKIAH ABU BAKAR

RUKIAH ABU BAKAR (1939 –    ), penulis.  Dia lahir pada 23 November 1939, di Rengit, Batu Pahat, Johor.  Dia pernah menggunakan nama samaran Yahmila.  Dia mendapat pendidikan awal hingga Darjah Enam di Sekolah Melayu Rengit, Batu Pahat (1949 – 1953).  Setelah menamatkan pelajarannya, Rukiah menjadi guru pelatih dan ebrtugas di Sekolah Melayu Mawar, Sungai Tongkang, Rengit (1954 – 1958).  Rukiah juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran, Tampok, Benut, Pontian.  Di samping mengajar, Rukiah berkesempatan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (1967) dan Sijil Tinggi Persekolahan.

SASTERATokoh

Kembali ke atas