TONGKAT ALI | TONGKAT ALI (<I style="mso-bidi-font-style: normal">SmilacaceaeI> iaitu <I style="mso-bidi-font-style: normal">Smilax calophyllaI> Wall. ex DC, <I style="mso-bidi-font-style: normal">Smilax myosotifloraI> DC dan <I style="mso-bidi-font-style: normal">SimaroubaceaeI> iaitu <I style="mso-bidi-font-style: normal">Eurycoma lougifoliaI> Jack), sejenis tumbuhan renek, berbatang seperti dawai. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |
TONGKAT ALI | Sejenis tumbuhan renek. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
OSIRIS | Osiris ialah dewa kesuburan orang Mesir yang menjadi ketua dewa alam ghaib. Dia biasanya digambarkan sebagai mumia manusia yang berjanggut dan berkulit hijau atau hitam. Dia memegang tongkat gembala berkelok dan cemeti serta memakai mahkota putih berbentuk kon dengan bulu burung unta terselit di kedua-dua belah sisinya. | UMUM | |
COGAN | COGAN, sejenis tongkat yang diperbuat daripada logam dan dihias dengan emas dan batu permata yang dijadikan sebagai lambang kekuasaan dan kedaulatan seseorang raja. Di sesetengah negeri, misalnya negeri Kelantan, menyebutnya jogan. Di Malaysia, cogan dijadikan sebahagian alat kebesaran diraja termasuk institusi Yang di-Pertuan Agong. | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
ASCLEPIUS | Asclepius ialah dewa penyembuhan orang Yunani. Orang Rom menamakannya Asclepius. Orang Yunani berdoa kepada Asclepius semasa diserang wabak dan semasa sakit. Anaknya yang paling terkenal ialah Hygeia, dewa kesihatan. Epidaurus di Geece ialah tempat khas untuk pengikutnya, iaitu para doktor pertama yang dikenali sebagai Asclepiad. Profesion perubatan menerima pakai lambang Asclepius, seekor ular yang melilit sebatang tongkat. | UMUM | |
SLO | Slo, juga dikenali sebagai <i>blackthorni>, ialah pokok renek yang berduri, bercabang yang berkaitan dengan plum. Ia tumbuh di Eropah, Asia Tengah, dan bahagian timur Amerika Utara. Bunganya berwarna putih dan buahnya kecil berwarna hitam. Buahnya kurang daripada 13 milimeter diameternya dan digunakan untuk membuat wain, jem, jeruk, dan pewarna. Gin slo adalah arak samar yang diwarnakan dan diperisakan dengan slo. Dahan slo digunakan untuk membuat tongkat dan pemegang alat. | UMUM | |
USMAN AWANG, Dato' | USMAN AWANG, Dato’ (1929 - ), penyair, penulis dan Sasterawan Negara yang ketiga. Dia lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Nama penuhnya ialah Usman bin Awang. Dia juga terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant. Selain itu dia pernah menggunakan nama pena seperti Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Mua, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan Zaini. Sebagai penyair, dia terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar Negara melalui karya-karya puisinya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Rusia, Cina, Tamil, Itali, Perancis, Thai, Jepun, Korea, Danish dan Czechoslovak. | SASTERA | Tokoh |