Orwell, George ialah nama pena Eric Arthur Blair (1903–1950), penulis novel dan pengkritik sosial Inggeris. Orwell terkenal dengan novelnya 1984 , yang diterbitkan pada tahun 1949. Buku ini merupakan potret masyarakat totalitarian yang menakutkan yang menghukum percintaan, memusnahkan kebersendirian, dan menghancurkan kebenaran. Nada 1984 yang teguh membezakannya daripada karya Orwell yang berjudul Animal Farm (1945), iaitu cerita binatang yang mensatirakan kerajaan komunis Kesatuan Soviet di bawah pimpinan Stalin. |