Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tra.gé.di] | تراݢيدي

Definisi : (tragédi) 1. cerita (sandiwara, lakonan) yg mengisahkan peristiwa dll yg sedih: per­satuan drama ini akan mementaskan ~ tersebut; 2. peristiwa (keadaan dll) yg sedih atau menyedihkan: sajak itu menceritakan suatu ~ tentang pembunuhan dan pen­deritaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tra.gé.di] | تراݢيدي

Definisi : /tragédi/ 1 peristiwa yg me­nye­dihkan. 2 sandiwara, lakonan dll menge­nai peristiwa-peristiwa sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tragedi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOPHOCLES

Sophocles (lebih kurang tahun 496–tahun 406

S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat

antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi

penulis tragedi ialah Aeschylus – yang paling

awal daripada mereka bertiga – dan Euripides.

Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka

mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama

yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari

drama sebabak.

UMUM 
PERANG TROJAN

Perang Trojan ialah peperangan Yunani

mengalahkan bandar Troy. Legenda peperangan

ini telah mengilhamkan banyak karya sastera

klasik yang terkemuka. Beberapa peristiwa yang

berlaku semasa dan selepas Perang Trojan menjadi

tema untuk tiga puisi epik yang agung – Iliad dan

Odyssey , ditulis oleh penyair Yunani, Homer, dan

Aeneid yang ditulis oleh penyair Rom, Virgil. Wira

dan mangsa peperangan dilambangkan dalam

tragedi-tragedi Yunani seperti Agamemnon oleh

Aeschylus, Ajax oleh Sophocles dan The Trojan

Women oleh Euripides.

UMUM 
AESCHYLUSAeschylus (525–456 S.M.) ialah penulis terawal

yang menulis tragedi Yunani yang karyanya wujud

dalam bentuk yang lengkap. Dia menulis lebih

daripada 80 drama, yang daripada jumlah itu tujuh

masih wujud. Karya-karya ini memperlihatkan

seorang seniman yang benar-benar patriotik dan

warak yang membawa kematangan kepada tragedi

Yunani. Sebelum Aeschylus, tragedi Yunani

mempunyai seorang pelakon yang hanya dapat

memberi respons kepada soalan atau cadangan

korus. Aeschylus menambah bilangan pelakon

kepada dua, yang mewujudkan dialog yang

membolehkan watak berinteraksi.

UMUM 
MARLOWE, CHRISTOPHER

Marlowe, Christopher (1564–1593), penulis

drama Inggeris, merupakan seorang penulis agung

pertama drama tragedi zaman Elizabeth.

UMUM 
EURIPIDES

Euripides (kira-kira 480 SM – 406 SM) ialah

tokoh ketiga daripada tiga orang penulis agung

tragedi Yunani.

UMUM 
THORNDIKE, DAME SYBIL

Thorndike, Dame Sybil (1882–1976) ialah

pelakon wanita British yang unggul. Bakatnya yang

serba boleh terserlah dalam persembahan

komedi moden, tragedi Yunani, drama puisi, dan

klasik dari beberapa buah negara. Dari tahun 1914

hingga tahun 1918, Thorndike berada di

Teater Old Vic, London, melakonkan berbagai-bagai

watak dalam drama Shakespeare. Semasa

Perang Dunia II, dia mengunjungi beberapa

buah bandar

perlombongan dan perkampungan di Britain.

Sybil Thorndike lahir di Gainsborough,

Lincolnshire , England . Pada tahun 1961, Thorndike

dilantik sebagai Komander Dame bagi Penerima

Darjah Empayar British.

UMUM 
O'NEILL, EUGENE GLADSTONE

O’Neill, Eugene Gladstone (1888–1953),

dianggap penulis skrip drama Amerika yang

terulung. Dia menjadi dramatis Amerika yang

pertama menulis kisah tragedi secara konsisten.

O’Neill menerima Hadiah Nobel dalam bidang

kesusasteraan pada tahun 1936. Empat daripada

karya dramanya memenangi Hadiah Pulitzer–

Beyond the Horizon pada tahun 1920; Anna

Christie pada tahun 1922; Strange Interlude pada

tahun 1928; dan Long Day’s Journey into Night

pada tahun 1957.

UMUM 
ALDRIDGE, IRA

Aldridge, Ira (1807?–1867), pelakon kulit hitam

Amerika yang pertama mendapat pengiktirafan

dunia Barat. Aldridge begitu dikenali kerana

peranannya sebagai watak tragedi dalam karya

William Shakespeare, terutamanya sebagai

Othello.

UMUM 
MACAULAY, DAME ROSE

Macaulay, Dame Rose (1881–1958), penulis

British yang telah mendapat pengiktirafan pada

tahun 1920 melalui novel Potterism, sebuah satira

yang sebahagiannya fantasi dan sebahagiannya

pula tragedi.

UMUM 
NORRIS, FRANK

Norris, Frank (1870–1902), novelis dan wartawan

Amerika dan pemimpin gerakan alamiah. Norris

percaya bahawa sesebuah novel harus berfungsi

untuk tujuan moral. “Novel dengan tujuan,” jelasnya,

“menarik perhatian orang ramai tentang tragedi dan

kepiluan orang lain” dan “membuktikan bahawa

ketidakadilan, jenayah, dan ketidaksamaan hak

memang wujud”.

UMUM 
12

Kembali ke atas