CENDERAMATA | CENDERAMATA, majalah rasmi Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan November 1923 dan diterbitkan dua kali setahun menurut penggal maktab ini pada masa sebelum merdeka. Kini majalah ini diterbitkan setahun sekali. Majalah Cenderamata selepas merdeka hingga kini berukuran 25 cm x 19 cm dan purata mengandungi 140 halaman. Majalah ini pada peringkat awalnya amat kurang memuatkan gambar kecuali terbitan selepas perang. | SASTERA | Karya |
MOGOK PELAJAR SITC | MOGOK PELAJAR SITC, peristiwa mogok oleh guru pelatih Sultan Idris Training college (SITC). Peristiwa ini berlaku pada tahun 1949. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
ISMAIL ZAIN | ISMAIL ZAIN (1930-1991), pelukis. Dia lahir di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga tahun 1950. Kemudian dia mengikuti kursus perguruan di Malayan Teacher Training College, Kirkby, Lancashire, England pada tahun 1951 hingga tahun 1953, pendidikan seni di Ravensbourne College of Art, England pada tahun 1961 hingga tahun 1964 dan Slade School of Fine Art, University of London pada tahun 1964 hingga tahun 1966. | BUDAYA | Tokoh |
AHMAD KHALID YUSOF | AHMAD KHALID YUSOF (1934-1996), pelukis. Dia lahir di Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Victoria Institution (1951-1955) dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England (1956-1958). Dari tahun 1965 hingga tahun 1969, Ahmad Khlid menuntut di Winchester School of Art di England dan memperoleh Diploma in Art and Design. Dia menerima ijazah Sarjana Seni Cetak dan Pendidikan seni daripada Ohio University, Amerika Syarikat (1978). | BUDAYA | Konsep |
NAISMITH, JAMES | Naismith, James (1861–1939), guru Kanada yang telah mencipta permainan bola keranjang pada tahun 1891 (lihat Bola keranjang ). Dia mahu mencipta permainan di dalam bangunan pada musim sejuk. Dia telah memaku dua buah bakul pic dan menggunakan bola sepak untuk permainan pertamanya. Dia mencipta permainan itu ketika dia menjadi guru pendidikan jasmani di International YMCA Training School (sekarang dikenali sebagai Springfield College), Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat. | UMUM | |
PENULIS GURU | PENULIS GURU, golongan penulis lepasan Sultan Idris Training College (SITC) Tanjung Malim, Perak. Mereka menulis terutamanya dalam genre puisi dan novel. Antara yang aktif menulis dan terkenal ialah Harun Muhammad Amin atau nama penanya Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Kotot, Muhammad Yasin Makmur dan Muhammad Simin Paib. | SASTERA | Karya |
MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS | MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS, maktab perguruan melatih guru lelaki dan pencetus gerakan kebangsaan Melayu. Sebelum itu maktab ini terkenal dengan nama Sultan Idris Training College (SITC). Maktab ini ditubuhkan pada 23 November 1922 dengan mengambil nama Sultan Idris, almarhum Sultan Perak, yang memang telah menunjukkan minat yang sangat mendalam terhadap pendidikan bagi orang Melayu. Pada 29 November 1922, maktab ini telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MOKHTAR YASSIN | MOKHTAR YASSIN (1937- ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 29 Mac 1937 di Sungai Rambai, Melaka. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum melanjutkan pelajaran di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim (1956) dan Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1959). Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera. Dia juga berkesempatan mengikuti Kursus Penilaian Sekolah di Australia Council for Educational Research, di Melbourne. | SASTERA | Tokoh |
MOHAMED NOR AHMAD, DATUK | MOHAMED NOR AHMAD, Datuk (1911-1992), guru. Dia lahir pada 2 November 1911 di Pulau Pinang. Mohamed Nor bertugas sebagai guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Gelugor pada tahun 1972. Dia kemudian memasuki Sultan Idris Training College dari tahun 1929 hingga tahun 1932. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA | MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA, maktab latihan perguruan bagi guru wanita yang pertama di Malaysia. Maktab ini dibuka secara rasmi pada 31 Januari 1935 dengan nama The Malay Women’s Training College (MWTC). Maktab ini terletak di kawasan kampus seluas 17 hektar di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka. Kerajaan kolonial memilih Melaka kerana sifat historikal dan kedudukannya yang strategi. Di samping itu terdapat sebuah bangunan hospital yang telah dikosongkan dan diubahsuai untuk dijadikan maktab tanpa perbelanjaan yang besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |