Kelenjar tiroid ialah kelenjar endokrin (pengeluaran hormon) yang terletak di depan leher. Ia mempunyai dua lobus (bahagian) di setiap sisi trakea (salur udara). Kedua-dua lobus ini disambungkan oleh satu jalur nipis tisu. Rangkaian pembuluh darah menyelaputi kelenjar ini. Tiroid mengambil iodin dari darah dan menggunakannya untuk membuat hormon aktif, tiroksina yang juga dikenali sebagai tetraiodotironina dan triiodotironina . Hormon tiroid tidak aktif tersimpan di dalam lobus dalam ruang yang dikenali sebagai folikel . |