Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 3. (electr) mengubah: the device ~s alternating current into direct current, alat itu mengubah arus ulang alik menjadi arus terus. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. convert (one form into another) mengubah: heat ~s water into steam, haba mengubah air menjadi wap; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt1. change the form or appearance of, (act.) mengubah, merobah; (pass.) berubah: rain has ~ed the desert into a garden, hujan telah mengubah gurun itu menjadi taman; the fairy ~ed a pumpkin into a coach for Cinderella, pari-pari itu mengubah sebiji labu menjadi kereta kuda utk Cinderella; a caterpillar is ~ed into a butterfly, ulat bulu berubah menjadi kupu-kupu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transform


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DASAR BAHASA

TRANSFORM: uppercase; FONT-FAMILY: 'Courier New'; FONT-SIZE: 11pt; mso-ansi-language: MS" lang=MS>Dasar bahasa, keputusan yang dibuat oleh sesuatu pihak yang berkuasa terutama kerajaan, terhadap taraf (status) atau fungsi bahasa atau sesuatu bahasa dalam sesebuah negara, atau masyarakat ataupun di sesebuah institusi atau pertubuhan.

BAHASAKonsep
PEMBERONTAKAN BRUNEI

TRANSFORM: uppercase; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-bidi-font-family: Arial; mso-ansi-language: MS">PEMBERONTAKAN Brunei,  peristiwa pemberontakan menentang kerajaan Brunei pada masa pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien.  Peristiwa ini berlaku pada 8 Disember 1962 dan dicetuskan oleh Parti Rakyat Brunei (PRB).  PRB bertindak untuk membuat pembaharuan dalam sistem pemerintahan tradisi.  Ini selaras dengan matlamat PRB iaitu untuk mewujudkan kerajaan baharu yang dikenal sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

TRANSFORM: uppercase; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-bidi-font-family: Arial; mso-ansi-language: MS">PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).  LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah.  PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti.  Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam.  Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil.  Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PENTADBIRAN ISLAM DI SINGAPURA

TRANSFORM: uppercase; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-bidi-font-family: Arial; mso-ansi-language: MS">PENTADBIRAN Islam DI SINGAPURA, sistem pentadbiran mengenai hal ehwal agama Islam di Singapura.  Sebelum kemerdekaan Singapura pada tahun 1965, sistem pentadbiran agama Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh.  Tahap keberkesanannya juga gak terhad.  Pada masa itu, terdapat dua badan utama yang menguruskan pentadbiran tentang hal ehwal agama Islam iaitu Muslim and Hindu Endowments Board (1906) dan Muslim Advisory Board (1915). Walau bagaimanapun, kedua-dua badan ini hanya mampu menggariskan sistem pentadbiran agama secara umum.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

TRANSFORM: uppercase; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-bidi-font-family: Arial; mso-ansi-language: MS">PENTADBIRAN Islam DI Malaysia, pengurusan hal ehwal yang berhubung dengan agama Islam yang meliputi bidang akidah, ibadah, pendidikan agama, undang-undang keluarga, kepimpinan agama, dakwah dan akhlak umat Islam di negara ini.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND

TRANSFORM: uppercase; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-bidi-font-family: Arial; mso-ansi-language: MS">PENGAJIAN  Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand.  Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok.  Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi.  Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab.  Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia.  Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi.  Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI RUSIA

TRANSFORM: uppercase; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-bidi-font-family: Arial; mso-ansi-language: MS">PENGAJIAN Melayu DI RUSIA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pembelajaran bahasa Melayu/Indonesia dimulai di Univesiti Soviet selepas Perang Dunia Kedua (1945) dan di Institut Ketenteraan Bahasa Asing (Moscow).  Semenjak tahun 1948, pengajaran bahasa ditempatkan di Institut Ketimuran Moscow.  Pelopor pengajaran bahasa Melayu di Moscow ialah L. Mervart yang dibantu oleh dua orang Indonesia iaitu Muso dan Semaoen, yang pernah menghasilkan sebuah novel dalam bahasa Melayu berjudul Hikayat Kadirun.  Pengajaran bahasa Melayu/Indonesia sehingga kini diteruskan di Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow (yang merangkumi Institut Ketimuran Moscow pada tahun 1954) dan di Institut Bahasa Timur (kini Institut Negara-Negara Asia dan Afrika) di bawah Universiti Moscow.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI PERANCIS

TRANSFORM: uppercase; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-bidi-font-family: Arial; mso-ansi-language: MS">PENGAJIAN Melayu DI PERANCIS, pusat pengajian bahasa Melayu.  Penubuhan pusat pengajian bahasa Melayu di Perancis bermula dengan wujudnya jawatan Gabenor Pengajian Bahasa Melayu di Eropah, iaitu di Ecole des Langues orientales pada  2 September 1844.  Jawatan ini disandang oleh Edmund Dulaurier.   Dia telah menterjemah Kitab Pelayaran Abdullah pada tahun 1850 dan menyusun kamus tetapi tidak diterbitkan.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI JERMAN

TRANSFORM: uppercase; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-bidi-font-family: Arial; mso-ansi-language: MS">PENGAJIAN Melayu DI JERMAN, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Jerman dilaksanakan oleh universiti atau muzium.  Di beberapa universiti di Jerman, ada jurusan yang dinamakan Sudostasienwissenschaften, Malaiologie atau Seminar fur Indonesische Sprachen.  Jurusan tersebut mengkaji bidang linguistik, sastera, sejarah, antropologi, ekonomi dan bidang lain di kawasan Asia Tenggara.  Selain pengajian Melayu tersebut, terdapat jurusan lain seperti jurusan ilmu politik, ilmu sejarah dan ilmu antropologi/ilmu sosiologi yang juga melaksanakan pengajian yang berhubungan dengan kawasan Asia Tenggara.  Sejumlah muzium antropologi memiliki koleksi, menyelenggara dan membiayai pengkajian kebudayaan Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI ITALI

TRANSFORM: uppercase; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-bidi-font-family: Arial; mso-ansi-language: MS">PENGAJIAN Melayu DI ITALI, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Itali ditubuhkan pada tahun 1964, oleh seorang orientalis Itali yang terkemuka, Y. Bhg. Prof. Allesandro Bausani, di Instituto Universitario Orientale di Napoli, sebuah universiti yang khusus mengendalikan kursus bahasa dan budaya Asia dan Afrika.  Universiti itu juga merupakan satu-satunya universiti yang mengajar kursus bahasa dan sastera Melayu-Indonesia.  Pengajaran ini dikendalikannya sendiri sejak tahun 1964 hingga tahun 1969.  setelah itu, kursus ini dikendalikan oleh Y. Bhg. Prof. L. Santa Maria sejak tahun 1969 hingga kini.  Minat orang Itali terhadap bahasa Melayu sebenarnya bermula pada abad ke-16, iaitu ketika Antonio Pigafetta, seorang mualim kapal, mengelilingi dunia bersama-sama kapten kapal Portugis, Fernao de Magalhaes.

BAHASAInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas