Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 3. obvious, nyata, ketara, jelas: a man of ~ honesty, orang yg kejujurannya nyata; a ~ lie, bohong yg ketara. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. easily understood, jelas, mudah difahami: a ~ style of writing, gaya penulisan yg jelas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. allowing light to pass through, (tech)lut sinar; (of cloth) jarang; (of water) jernih, hening, bening: this liquid should not be stored in containers made of glass or other ~ material, cecair ini janganlah disimpan dlm bekas yg dibuat drpd kaca atau bahan lut sinar yg lain; window curtains of thin, ~ material, langsir tingkap drpd kain yg nipis dan jarang; the water was so ~ that we could see right down to the bottom, airnya begitu jernih sekali hingga kami dapat melihat dasarnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transparent


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN
transparent">
 
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan.
SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
STREETON, SIR ARTHUR

Streeton, Sir Arthur (1867–1943), pelukis

landskap Australia yang paling terkenal dari tahun

1920 hingga tahun 1940. Dia ialah ahli kumpulan

Aliran Heidelberg. Dia mencerminkan prinsip-prinsip

yang disokong oleh Tom Roberts. Ciri

utama landskap dalam lukisan minyaknya adalah

penggunaan warna biru yang menyerlah dengan

keemasan dan coretan berus empat segi yang

menyebabkan terbatasnya penghargaan terhadap

karyanya di London. Lukisannya The Purple Noon’s

Transparent Might dan lukisan-lukisannya yang

lain tentang desa Sungai Hawkesbury

membuatkannya terkenal di Australia. Namun

karyanya yang terawal, Still Glides the Stream, yang

kini berada di Art Gallery New South Wales,

Sydney, dianggap sebagai karyanya yang terbaik.

UMUM 

Kembali ke atas