O’Faolain, Sean (1900–1991), terkenal sebagai penulis Ireland yang terkemuka. Kebolehannya sebagai penulis cerpen menjadikannya masyhur di seluruh dunia. Dia juga menulis skrip drama, beberapa buah novel, dan biografi sejarah. Koleksi cerpennya termasuk Midsummer Night’s Madness (1932), A Purse of Coppers (1937), dan The Talking Trees (1971). Karyanya yang lain termasuk Come Back to Erin (1940) dan The Great O’Neill (1942). O’Faolain lahir di Cork dan mendapat pendidikan di University College, Cork, dan Harvard University, di Amerika Syarikat. |