Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tréng.kas] | تريڠکس

Definisi : (tréngkas) kaedah menulis dgn cepat dgn menggunakan palitan-palitan yg mudah atau simbol-simbol lain sbg menggantikan huruf, perkataan atau frasa; ilmu ~ penge­tahuan mengenai kaedah menulis dgn cepat, stenografi; mengambil ~ membuat catatan sesuatu yg direncanakan (spt surat dsb) dlm tulisan trengkas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tréng.kas] | تريڠکس

Definisi : /tréngkas/ cara atau kaedah menulis cepat dgn menggunakan sim­bol tertentu: juru~ orang yg pandai menulis trengkas dan menyalin kembali ke tulisan biasa (dgn mesin taip dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trengkas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN TRENGKAS

Mesin trengkas digunakan untuk merakamkan

percakapan dengan cepat dan tepat. Mesin ini

mempunyai 21 kekunci huruf. Seberapa banyak

huruf boleh ditekan pada satu-satu masa. Operator

mengeluarkan nombor dengan menekan palang

angka dan kekunci yang mempunyai nombor yang

dikehendaki. Palang angka sepadan dengan

kekunci syif mesin taip.

UMUM 
PITMAN, SIR ISAAC

Pitman, Sir Isaac (1813–1897) ialah guru British

yang mencipta trengkas fonetik, iaitu kaedah

penulisan trengkas menggunakan 38 simbol yang

mewakili bunyi huruf vokal dan konsonan.

UMUM 
MONET, CLAUDE

Monet, Claude (1840–1926), pelukis Perancis

dan pemimpin terkemuka dalam gerakan

impresionis. Dia mempengaruhi seni lukis dengan

melukiskan tindak balas spontan peribadinya

kepada lukisan pemandangan luar atau peristiwa.

Pelukis awal cuba menggambarkan kajian di luar

secara pantas seperti trengkas. Kajian itu

digunakan sebagai “nota” untuk lukisan gambar

yang lebih hebat di studio. Monet ialah pelukis

yang pertama dan paling penting menggunakan

kesan impresi pemandangan di luar untuk

menjadikan hasil kerja yang sempurna. Dia amat

tertarik dengan kesan cahaya luaran dan keadaan

sekeliling. Kepekaannya tentang perkara tersebut

dapat dilihat dalam Rouen Cathedral (1895), yang

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis, dan

dalam La Grenouillere (1869).

UMUM 
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 
KONGRES BAHASA DI SINGAPURA

KONGRES BAHASA DI SINGAPURA, kongres yang telah diadakan pada 12 April 1952 anjuran Angkatan Sasterawan ’50 dengan kerjasama Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura, Lembaga Bahasa Melayu, Persatuan Pemuda Pemudi Melayu Singapura dan Trengkas Melayu Institut. Sebanyak 21 badan penulis dan bahasa di seluruh Tanah Melayu menghadiri persidangan ini di Dewan Khas Hotel Sea View, Singapura.

BAHASABahasa

Kembali ke atas