Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.lo.gi] | تريلوݢي

Definisi : siri karya sastera yg terdiri drpd tiga buah novel dll yg saling berhubungan dan mengembangkan satu tema. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trilogi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYCKBOURN, ALAN

Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan

pengarah teater British, menjadi terkenal kerana

komedinya. Banyak komedinya memaparkan

pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman

Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi

(kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di

rumah hujung minggu yang sama dari sudut

pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart

(1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang

dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup

jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama

Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular

(1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of

Disapproval (1985) dan Henceforward (1987).

Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal.

UMUM 
SOPHOCLES

Sophocles (lebih kurang tahun 496–tahun 406

S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat

antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi

penulis tragedi ialah Aeschylus – yang paling

awal daripada mereka bertiga – dan Euripides.

Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka

mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama

yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari

drama sebabak.

UMUM 

Kembali ke atas