Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trinidad


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DE BOISSIERE, RALPH A.C.

De Boissiere, Ralph A.C. (1907– ) ialah

penulis novel dan cerita yang lahir dalam keluarga

Kreol-Perancis yang kaya di Trinidad. Dia ialah

anggota golongan sastera pada tahun 1920-an di

Trinidad dan kerap menyumbang kepada jurnal

budaya Trinidad dari tahun 1929 hingga tahun 1930

dan jurnal The Beacon (1931).

UMUM 
NAIPAUL, SHIVA

Naipaul, Shiva (1945–1985) ialah penulis novel

kelahiran Hindia Barat. Dia menulis tentang

kehilangan kebudayaan Hindu di kalangan

penduduk Trinidad keturunan India. Dia telah

mengkritik hebat penjajah Trinidad pada masa lalu.

UMUM 
KALIPSO

Kalipso ialah sejenis muzik yang berasal dari

kepulauan Trinidad, di Laut Caribbean.

UMUM 
LIMBO

Limbo ialah tarian yang berasal dari Trinidad.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
PORT-OF-SPAIN

Port-of-Spain (pend. 59 649) ialah ibu negara

dan pusat perdagangan Trinidad dan Tobago,

iaitu negara kepulauan di timur laut Amerika

Selatan.

UMUM 
BUSHMASTER

Bushmaster ialah ular besar berbisa yang

terdapat di Amerika Tengah, iaitu kawasan tropika

di Amerika Selatan, dan Trinidad. Ular ini boleh

membesar sehingga 3.5 meter panjang.

UMUM 
SELVON, SAMUEL

Selvon, Samuel (1923– ) ialah penulis

Caribbean yang menjadi terkenal kerana

menghasilkan gambaran tragikomik tentang

golongan miskin dan terbuang di Trinidad dan

United Kingdom. Karyanya menerokai kehidupan

mereka yang meninggalkan Caribbean untuk masa

depan yang lebih cerah di United Kingdom, tetapi

mereka hanya menghadapi prejudis, pemulauan,

dan eksploitasi.

UMUM 
AMERIKA BRITISH

Amerika British, merujuk kepada bahagian

utara dan selatan Amerika yang mempunyai

hubungan politik dengan United Kingdom (UK).

Sesetengahnya ialah negeri naungan UK, seperti

Anguilla, Bermuda, Kepulauan Virgin British,

Pulau Cayman, Kepulauan Falkland, Montserrat,

dan Kepulauan Turks dan Caicos. Banyak negara

merdeka yang menjadi sebahagian daripada

Amerika British. Negara-negara seperti ini

termasuklah Antigua dan Barbuda, Bahamas,

Barbados, Belize, Kanada, Dominica, Grenada,

Guyana, Jamaica, St. Christopher dan Nevis; St.

Lucia, St. Vincent dan Grenadines, dan Trinidad

dan Tobago. Kebanyakan unit politik Amerika

British ialah anggota Negara-negara Komanwel.

UMUM 

Kembali ke atas