PENULIS, majalah triwulan bercorak sastera, budaya dan ilmu pengetahuan. Majalah ini pertama kali diterbitkan pada bulan Januari 1964. Majalah ini diterbitkan oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).
MEDAN SASTERA, majalah triwulan. Majalah ini diterbitkan pada 1 September 1964 oleh Pustaka Melayu Malaysia Press Ltd., Singapura di bawah pimpinan Harun Aminurrashid. Isi kandungannya bertumpu kepada tiga bidang utama iaitu sastera, bahasa dan budaya.
Thanks for clicking. That felt good.