DAVIS, MILES | Davis, Miles (1926–1991), pemain trompet jaz Amerika yang sangat berpengaruh dan juga pemimpin pancaragam yang terkenal dalam sejarah muzik jaz. Dia terkenal kerana tiupan trompetnya yang bertenaga dan berlirik. | UMUM | |
KORNET | Kornet ialah alat muzik bras yang serupa dengan trompet pendek. | UMUM | |
MORTIMER, HARRY | Mortimer, Harry (1902–1992), ahli muzik British yang berpengaruh pada zamannya terhadap muzik brasben. Dia terkenal sebagai peniup trompet pada peringkat awal kerjayanya. Kemudian dia menubuhkan brasbennya sendiri yang diberi nama “All Star Brass Band” dan Men o’ Brass”. Mortimer lahir di Hebben Bridge, Yorkshire Barat. Dia menuntut di Royal Manchester College of Music. | UMUM | |
ASFODEL | Asfodel ialah tumbuhan semula jadi yang lasak dan berasal dari kawasan Mediterranean. Bunganya berwarna kuning pucat dan berbentuk seperti trompet itu tumbuh dalam kelompok terburai. Akar asfodel tebal dan berisi. Daunnya yang panjang lagi nipis itu tumbuh bergugusgugus, hampir seperti daun dafodil (lihat Dafodil ). Pengelasan saintifik: Asfodel adalah dalam famili lili, Liliaceae. Ia adalah Asphodeline lutea . | UMUM | |
SALPIGLOSIS | Salpiglosis ialah tumbuhan dalam famili kentang. Ditanam sebagai tumbuhan laman, ia berkaitan dengan petunia. Seperti petunia, salpiglosis mempunyai bunga berbentuk trompet, tetapi berwarna lebih menarik lagi. Warnanya berbagai-bagai, termasuk merah tua, samar, ungu, jingga keperangan, jingga kesumba, kuning dan putih. Kelopaknya mempunyai kilauan yang kebalduan dan biasanya berjalur-jalur kuning atau warna-warna lain. Salpiglosis adalah tumbuhan tahunan. Ia tumbuh setinggi lebih kurang 46 sentimeter dan mempunyai beberapa bunga dekat bahagian atas setiap ranting. Pengelasan saintifk. Salpiglosis tergolong dalam famili nightshade, Salonaceae. Ia adalah Salpiglossis sinuata . | UMUM | |
LILI EASTER | Lili Easter ialah sejenis pokok bunga yang tinggi berdaun panjang dan tajam. Bunga ini menjadi simbol Easter. Bunga lili besar, wangi, berbentuk trompet dan berwarna putih lilin. | UMUM | |
DATURA | Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia. | UMUM | |
BIGNONIA | Bignonia ialah nama famili Amerika bagi pokok renek memanjat, pokok menjalar dan pokok. Bignonia terdapat dalam iklim panas dan tumbuh liar di timur dan selatan Amerika Syarikat. Bunganya yang berwarna-warni berbentuk trompet. | UMUM | |