Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tro.pi.ka] | تروڤيکا

Definisi : = kawasan ~ kawasan yg letaknya berhampiran dgn garisan Khatulistiwa (antara garisan Jadi dan garisan Sartan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tro.pi.ka] | تروڤيکا

Definisi : ; kawasan (negeri) ~ kawasan yg letaknya berhampiran dgn garisan khatulistiwa (antara garisan Jadi dgn garisan Sartan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tropika


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG TROPIKA

Burung tropika ialah mana-mana satu daripada

tiga spesies burung laut yang terdapat di kawasan

tropika. Burung tropika memakan ikan yang

ditangkap dengan menyelam ke dalam air dari

udara.

UMUM 
IKAN TROPIKA.Ikan tropika. Banyak jenis ikan hidup dalam
habitat air tawar dan air masin di kawasan tropika.
Bagaimanapun, istilah ikan tropika merujuk kepada
jenis ikan kecil berwarna terang yang membiak
sangat cepat dan popular untuk akuarium rumah.
Ikan tropika sering kali lebih kecil sedikit daripada
ikan emas, tetapi saiznya berbeza-beza dari kira-kira
2.5 sentimeter hingga 30 sentimeter. Kira-kira
600 jenis ikan tropika dipelihara dalam akuarium
rumah. Malah pemilik baru akuarium rumah juga
boleh memelihara banyak jenis ikan ini.
UMUMUmum
ZON TROPIKA

Zon tropika ialah kawasan bumi yang terletak

dalam lingkungan 2570 kilometer utara dan 2570

kilometer selatan garisan khatulistiwa. Dua garisan

bayangan, iaitu Garisan Sartan dan Garisan Jadi,

membentuk sempadan zon tropika. Garisan Sartan

ialah 23° 27' ke utara khatulistiwa dan Garisan Jadi

pula 23° 27' ke selatan khatulistiwa.

UMUM 
HUTAN HUJAN TROPIKA UMUMKonsep
MANGGA

Mangga ialah buah yang tumbuh di kawasan

tropika di seluruh dunia. Ia menjadi makanan

utama ramai penduduk di negara-negara tropika

dan sering dikenali sebagai raja buah-buahan

tropika.

UMUM 
POKOK KARANG

Pokok karang juga dikenali sebagai kacang

karang , ialah nama bagi lebih daripada 100

spesies pokok dan pokok renek yang tumbuh di

kawasan tropika dan separa tropika di seluruh

dunia. Kebanyakan pokok karang adalah pokok

daun luruh – iaitu, daunnya luruh dan daun baru

tumbuh setiap tahun.

UMUM 
TEBU

Tebu ialah tumbuhan rumput yang tinggi, yang

tumbuh di negara-negara tropika dan separa

tropika. Tebu terdiri daripada batang yang tegap

setinggi lima hingga sembilan meter dan

diameternya kira-kira lima sentimetar. Batang ini

mengandungi jus bergula yang daripadanya dibuat

gula dan molas. Serat tumbuhan yang tinggal

selepas jus diekstrak biasanya dibakar sebagai

bahan api untuk menjana elektrik. Serat ini juga

boleh digunakan untuk membuat papan serat dan

kertas. Apabila tebu diperah dan ditapai, ia

menghasilkan cecair yang disuling untuk membuat

etanol, iaitu alkohol biasa yang kadangkala

digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan

bermotor.

UMUM 
HUTAN MONSUN TROPIKA

Hutan Monsun Tropika. Hutan yang tumbuh di kawasan monsun tropika yang mengalami musim lembap dan musim kering yang nyata dan panjang.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
TARO

Taro ialah tumbuhan tropika yang dijadikan

makanan. Bahagian tumbuhan ini yang boleh

dimakan terdiri daripada satu atau lebih batang

bawah tanah yang besar dan berkanji. Tumbuhan

ini ditanam di banyak kawasan tropika yang basah

termasuk Hawaii, Kepulauan Caribbean, dan Afrika

Barat. Beberapa jenis tumbuhan ini yang berbeza

ditanam. Dikenali sebagai taro di kawasan Pasifik,

ia dikenali sebagai eddo atau dasheen di

Kepulauan Caribbean, dan cocoyam di Afrika Barat.

Taro berkaitan rapat dengan tumbuhan hiasan

yang dikenali sebagai telinga gajah dan caladium .

Pengelasan saintifik. Taro tergolong dalam famili

arum, Araceae. Ia adalah Colocasia esculenta .

Lihat juga Telinga gajah.

UMUM 
MONSTERA

Monstera ialah nama bagi lebih kurang 20 spesies

tumbuhan menjalar yang berkayu di kawasan tropika

Amerika. Ia adalah epifit (tumbuhan yang hidup pada

tumbuhan lain). Spesies yang paling biasa, iaitu

tumbuhan rumah yang paling popular, dikenali

sebagai Swiss cheese plant. Daunnya yang matang

adalah lebar di tepi dan mungkin berlubang. Di

kawasan tropika, buah monstera dimakan. Rasanya

seakan-akan rasa pisang dan nanas.

Pengenalan saintifik. Monstera tergolong dalam

famili arum, Araceae. Spesies biasa ialah Monstera

deliciosa .

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas