ALEXANDER II | Alexander II (1818–1881), tsar Rusia dari tahun 1855 hingga tahun 1881. Baginda dikenali sebagai tsar Pembebas kerana menamatkan perhambaan di Rusia pada tahun 1861. Baginda juga memperbaharui sistem kehakiman, mengurangkan penapisan, membenarkan perhimpunan wakil-wakil wilayah dan menggalakkan perindustrian. | UMUM | |
ALEXANDER I | Alexander I (1777–1825), tsar Rusia dari tahun 1801 hingga tahun 1825. Baginda terkenal kerana perjuangannya menentang pemerintah Perancis, Napoleon I. | UMUM | |
NICHOLAS I
| Nicholas I (1796–1855) ialah tsar Rusia dari tahun 1825 hingga kematiannya pada tahun 1855. Baginda terkenal kerana pemerintahannya yang kejam, walaupun berlaku beberapa pembaharuan sosial dan ekonomi pada zaman pemerintahannya. | UMUM | |
PERIKATAN SUCI | Perikatan Suci ialah satu perjanjian yang ditandatangani di Paris pada bulan September 1815 selepas kejatuhan Napoleon. Tsar Alexander I Rusia telah mengasaskan Perikatan ini. Dua orang penandatangan pertama ialah Francis I, Maharaja Austria dan Raja Frederick William III dari Prussia. Kesemua raja-raja lain di Eropah kecuali Paus, Raja Great Britain dan Sultan Turki menandatangani perikatan itu. | UMUM | |
DUMA | Duma, secara rasmi dikenali sebagai State Duma, ialah dewan perundangan terendah Rusia pada awal tahun 1900-an, iaitu pada zaman pemerintahan Tsar Nicholas II. | UMUM | |
MUSSORGSKY, MODEST | Mussorgsky, Modest (1839–1881) ialah salah seorang komposer Rusia yang ulung dalam sejarah. Opera yang bertenaga Boris Godunov (1874) merupakan gubahan yang paling baik. Opera ini berasaskan kehidupan tsar, mencerminkan tarikan minat kepada tema tentang Rusia yang dalam hampir kesemua muzik Mussorgsky. | UMUM | |
SOVIET | Soviet ialah perkataan bahasa Rusia yang bermaksud majlis. Kumpulan revolusioner Rusia digelar soviet. Soviet pertama ditubuhkan semasa berlaku pemberontakan pekerja Rusia pada tahun 1905. Soviet dibentuk di seluruh Rusia selepas kejatuhan Tsar pada bulan Mac 1917. Soviet ini berbentuk majlis yang dianggotai oleh pekerja, petani dan tentera. Majlis ini mengumpul sokongan rakyat terhadap rancangan pihak Sosialis untuk membentuk sebuah kerajaan Rusia. | UMUM | |