Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuan] | توان

Definisi : 1. orang tempat menghambakan diri: orang kulit putih di Amerika masa itu banyak yg menjadi ~ kpd hamba abdi drpd bangsa Negro; ~ hamba sl tuan; 2. a) = ~ punya pemilik (kedai, perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa; b) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dll); ~ kebun pengusaha (pengurus) kebun; 3. orang laki-laki (yg dihormati): ~ yg datang semalam datang lagi pagi tadi; sepeda ~ Id basikal utk orang laki-laki; 4. a) panggilan bagi orang laki-laki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ doktor; ~ hakim; T~ Syed Nasir; b) sl panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan: ~ puteri; mengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan; 5. kata ganti yg halus bagi orang laki-laki atau perempuan yg dilawan bercakap (engkau atau awak yg lebih halus): ~ sendiri sudah tahu asal saya dr Kampung Balimbing; 6. panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah: ~ dan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi; ~ besar a) ketua perusahaan (ladang dll); b) Id ark Gabenor Jeneral; ~ kecil a) = ~ muda anak sulung laki-laki dlm sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah; b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dll); ~ rumah a) orang yg memiliki rumah, ketua rumah (keluarga); b) orang yg meraikan tetamu (biasanya pd majlis yg diadakan di rumahnya atau yg dianjurkannya); ~ tamu ark tuan rumah; ~ tanah pemilik tanah; tuan-tuan 1. orang laki-laki (sekalian yg hadir): ~ yg dihormati, silalah duduk; 2. sl orang bangsawan, ningrat: maka ~ itu pun nak ke darat dgn segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang; anak ~ anak raja-raja; bertuan 1. ada tuannya (pemiliknya), mem-punyai penguasa: semua tanah yg dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan; 2. bertindak (bersikap) sbg tuan: semenjak kematian bapanya dia ~ di sini; 3. memanggil atau menyebut tuan (kpd): janganlah ~ lagi kpd saya, panggillah saya ‘abang’ sahaja; bertuankan 1. mempunyai sbg tuan, ber-ketuakan: kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dr segi teknologi bahkan juga dr segi pengurusan; 2. meng-hamba kpd, menganggap sbg tuan kpd: pd bicara dinda tiada mahu dinda ~ lain drpd Yang Dipertuan; janganlah kita ~ anak raja seorang ini; menuani menguasai, memiliki; menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg dilawan bercakap): Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhan­nya, diayahkan oleh peringkat anak-anak; mempertuan, mempertuankan meng­anggap (mengakui) tuan: yg mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan; dipertuan; bangsa yg ~ bangsa yg meng-anggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain; hak yg ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri); mempertuani ark menguasai; tuanan bangsawan, ningrat; anak ~ anak tuan-tuan; ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak; ketuan-tuanan spt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll): “Saya pegawai Kera­jaan”, Encik Ramli berkata ~; pertuanan 1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat: tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiring-kan oleh segala pegawai dan ~; Dewan P~ dewan yg dianggotai oleh orang bangsawan dlm parlimen Inggeris; 2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dll): dgn itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf; 3. = hak ~ kedaulatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuan] | توان

Definisi : 1 panggilan bagi orang lelaki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ hakim. 2 panggilan bagi wanita bangsawan (spt puteri raja): ~ puteri. 3 kata ganti nama diri bagi orang lelaki atau orang perempuan yg di­lawan bercakap: ~ hendak ke mana? 4 yg empunya; pemilik: Siapa ~ kedai ini? 5 orang tempat seseorang meng­hambakan diri; lw hamba: ~ saya baru saja keluar. ~ rumah a. pemilik rumah. b. orang yg meraikan tetamu. tuan-tuan sekalian orang yg hadir dlm sesuatu keramaian, majlis dll: Saya mengucapkan berbanyak-banyak te­rima kasih atas kerjasama ~. bertuan ada tuannya atau ada pemiliknya; mem­­­punyai penguasa: Rumah ini belum ~ lagi. bertuankan menerima atau mengakui seseorang sbg tuan. menuani berlaku sbg tuan terhadap (sesuatu atau seseorang); menguasai; memiliki. menuankan menjadikan sbg tuan; memanggil tuan kpd orang yg dilawan berbicara. ketuanan hak memerintah; kekuasaan: Kublai Khan mendesak Singhasari menerima ~ Mongol. pertuanan 1 golongan bangsawan. 2 pemerintahan. dipertuan dimuliakan. Yang di-Pertuan Agong ketua negara Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,

Puisi
 

Semalam ada mimpiku tuan,
     Mimpi kelapa patah tandan;
Semalam ada mimpiku tuan,
     Tuan kuriba sebelah tangan.


Lihat selanjutnya...(671)
Peribahasa

Senjata makan tuan.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUAN TABAL

TUAN TABAL (1816 – 1891), ulama. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh al-Kelantani al-Jawi. Tuan Tabal belajar dengan Syekh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dalam bidang ilmu fikah dan telah tamat belajar kitab “Tuhfah”. Dalam bidang ilmu tasawuf pula dia menerima Tarekat Ahmadiyah. Ada pendapat yang menyatakan Tuan Tabal menerima bai’ah Tarekat Ahmadiyah daripada Sidi Ahmad Danderawi, dan ada yang meriwayatkan bahawa Tuan Tabal telah berguru langsung kepada Sidi Ibrahim, murid kepada Sidi Syekh Ahmad bin Idris iaitu pengasas Tarekat Ahmadiyah yang berasal dari Afrika Utara. Menurut sejarah, Tuan Tabal merupakan orang yang bertanggungjawab membawa tarekat itu ke Kelantan, dan kemudiannya tersebar ke seluruh Sememnanjung Tanah Melayu, walaupun yang lebih terkenal dalam penyebaran tarekat ini ialah Haji Muhammad Said Linggi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK KU TUAN BESARTUK KU TUAN BESAR (1795 -1878), ulama dan penulis.  Dia lahir di Cabang Tiga, Kuala Terengganu.  Nama sebenarnya ialah Sayid Muhammad bin Zainal Abidin.  Tuk Ku Tuan Besar berketurunan Sayid al-Idrus.  Nenek moyangnya datang dari Hadramaut dan tiba ke Terengganu pada akhir abad ke-18.  Bapanya adalah seorang peniaga beras yang berulang-alik dari Jawa ke Terengganu dan kemudiannya menetap di situ setelah berkahwin dengan anak Sayid Muhammad Mustafa al-Idrus (golongan sayid terawal di Terengganu).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUAN HUSSAIN KEDAH

TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 – 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 – 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUAN AHMAD

TUAN AHMAD (   ?    -    ?    ), penentang British. Tuan Ahmad adalah anak Engku Besar Jeram Encik Pandak. Dia menggantikan ayahnya sebagai Engku Besar Jeram apabila ayahnya meninggal dunia. Engku Besar Jeram adalah gelaran yang diwarisi daripada Engku Perdana Menteri Long Ghaffar, yang berasal dari Reman. Long Ghaffar menerima gelaran ini dan kawasan dari Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut dan sampai ke sempadan Terengganu kerana bantuannya kepada Long Yunus sehingga Long Yunus berjaya menduduki takhta Kelantan. Pusat pentadbiran Long Ghaffar dikenal sebagai Kota Jeram.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LONG BAHAR

LONG BAHAR (  ?  -1733),  Sultan Kelantan (m.m. 1721-1733). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Bahar dikenal juga dengan nama Tuan Besar. Sebelum menetap di negeri Kelantan, Long Bahar dikatakan telah pun mempunyai dua orang anak, iaitu Tuan Nik atau Tuan Sulaiman dan Tuan Melor. Semasa di Kelantan dia memperoleh beberapa orang anak, antaranya Tuan Kundor dan Tuan Nik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LONG YUNUS

LONG YUNUS ( ?  -1795), Sultan Kelantan (m.m. 1763-1795) keturunan Dato’ Pangkalan Tua, Patani. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pada kurun ke-17, dua orang anak Dato’ Pangkalan Tua, Tuan Sulong dan Tuan Besar datang ke Kelantan. Tuan Sulong berkahwin dengan Che Biru, anak Penghulu Kampung Laut; manakala Tuan Besar berkahwin dengan Raja Pah, anak Sultan Omar. Tuan Sulong membina kediaman di Kota Kubang Labu, Tuan Besar pula tinggal di Jembal. Hasil perkahwinannya, Tuan Sulong mendapat Long Muhammad dan Long Pandak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KASTIL

Kastil ialah tempat kediaman dan kubu kuat

seseorang tuan tanah feudal pada Zaman

Pertengahan. Perkataan kastil (castle) berasal

daripada perkataan Latin castellum, yang

bermaksud kubu. Justeru, ada sesetengah kastil

dikenali sebagai kubu.

UMUM 
ASTOR

Astor ialah nama sebuah keluarga Amerika yang

penting. Keluarga Astor dahulunya digelar “tuan

tanah New York” disebabkan John Jacob Astor yang

pertama, iaitu pengasas keluarga ini, banyak

menanam modal pada hartanah di New York. Nilai

tanah itu meningkat dan keluarga ini menjadi salah

sebuah keluarga yang terkaya di Amerika Syarikat.

UMUM 
ALJUNIED SYED OMAR BIN ALI

Aljunied Syed Omar bin Ali (1792–1852) ialah

ahli perniagaan dan tuan tanah keturunan Arab

yang amat dihormati yang menjadi pemimpin

komuniti Islam di Singapura. Dia mewakafkan satu

bidang tanah di Victoria Street, Singapura sebagai

tanah perkuburan orang Islam. Dia mendirikan

Masjid Benggali, di Bencoolen Street pada tahun

1845.

UMUM 
KHAN

Khan ialah perkataan yang kini digunakan untuk

maksud tuan di Afghanistan dan di bahagian-bahagian

lain Asia Tengah.

UMUM 
12345

Kembali ke atas