Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; besi ~ besi yg dibuat drpd besi yg dicairkan dgn menggunakan acuan, besi cetak; pindah ~ (darah) Id pemindahan darah, transfusi darah; bertuang (yg) dicetak (drpd besi yg dicair­kan): tangga rumah emas ~, ibu tangga emas bertitik; menuang 1. mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dlm bekas: Mahat duduk dan ~ kopi ke dlm cawan; 2. melebur (logam) dgn memanaskannya: ~ bijih timah; 3. mencetak leburan besi dll ke dlm acuan (utk membentuk sesuatu): tembaga yg sudah dileburkan itu dituang dijadikan berbagai-bagai barang; adat diisi, lembaga dituang prb dilakukan menurut aturan yg biasa; menuangi 1. menuang (air, minyak, dll) ke, mengisi (cawan dll) dgn barang cair (minuman dll): menyambar-nyambar api itu bagaikan dituangi minyak kereta; ia ~ gelas­nya sendiri dan meneguknya dgn lahap; 2. menghujani (peluru, kata-kata), melepaskan (kata-kata, tembakan): di Amerika dan di Eropah Barat, kita dituangi dgn kata-kata bahawa komunis yg menjadi pokok keka­cauan; menuangkan mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dlm bekas atau acuan: kami pun ~ minuman keras itu ke dlm gelas masing-masing dan mula minum; selepas dilebur, timah itu dituangkan ke dlm acuan yg berbentuk bata; tuangan 1. (sesuatu) yg dituang; besi ~ besi tuang, besi cetak; 2. cetakan, acuan: pendek­nya sungguh cantik ~nya. ketuangan; hari ~ Ruhulkudus Id hari utk merayakan turunnya Ruhulkudus (menurut agama Kristian); penuangan perihal menuang (menuangi, menuangkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menuang 1 mencurahkan benda cair dr sesuatu bekas: Sesudah ~ air minuman ke dlm cawan, ia pun pergi ke dapur. 2 meleburkan logam dgn memanaskannya. 3 mencetak leburan besi dll ke dlm acuan. menuangi menuang (cecair) ke; mengisi (se­suatu) dgn cara menuang: Semua cawan di­­tuangi teh. menuangkan menuang utk orang lain. tuangan 1 apa-apa yg dituang: besi ~. 2 hasil menuang (mencetak); cetakan: blok ~. penuangan perbuatan atau hal menuang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuang
Kata Terbitan : menuang, menuangkan, penuangan,

Puisi
 

Tinggi Bukit Sagumilang-milang,
     Tuang air di daun terkenang-kenang;
Budi sedikit juga kan hilang,
     Seumur hidup jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKUEDUK

Akueduk ialah terusan untuk mengalirkan air ke

tempat lain. Bahan-bahan yang digunakan untuk

pembinaan akueduk, mungkin batu, konkrit, besi

tuang, keluli atau papan.

UMUM 
MESIN PENYEMAI

Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai

<i> pembenih, i> ialah mesin yang ditarik oleh traktor

untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di

dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada

kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira

15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya

terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat

penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek.

Tajak menggali <i>batas i>(baris berbajak) pada tanah.

Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang

mengandungi biji yang hendak disemai. Alat

penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar

corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang

disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda

tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah.

UMUM 
SISTEM PAIP

Sistem paip ialah sistem pemasangan paip yang

mengalirkan air ke dalam dan ke luar bangunan.

Istilah ini berasal dari Latin iaitu <i>plumbum i>yang

bermaksud <i>logam. i>Pada zaman Rom purba paip

logam digunakan. Kini kebanyakan sistem paip

diperbuat daripada loyang, besi tuang, kuprumplastik

atau logam keluli.

UMUM 

Kembali ke atas