Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.bir] | توبير

Definisi : 1. tebing (jurang dll) yg curam, tepi atau pinggir (gaung, sungai, dll) yg dalam: ~ lurah; ~ sungai; 2. tepi sesuatu: ia meletakkan pung­gungnya di ~ ambin; ~ tayar kereta; 3. tempat yg paling dalam (di laut dll); 4. hampir dgn tepi sesuatu yg dalam: duduk terlalu ~ ke ping­gir jurang; 5. ki hampir kpd bahaya (maut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.bir] | توبير

Definisi : 1 tebing yg curam; tepi atau ping­gir gaung, sungai dll yg dalam: ~ sungai. 2 tempat yg paling dalam di laut dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubir
Rujuk :tepi

Puisi
 

Petik selasih tumbuh di tubir,
     Masak nasi padi seberang;
Banyak kasih di tepi bibir,
     Kasih sejati memang jarang.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTH

Perth (pend. 1 143 265) ialah ibu negeri dan pusat

perniagaan Australia Barat. Bandar ini terbentang di

sepanjang dataran di antara Lautan Hindi di barat dan

bukit bukau Tubir Darling di timur. Perth terletak

3352 kilometer dari Sydney. Kira-kira 70 peratus

penduduk Australia Barat tinggal di Perth.

UMUM 

Kembali ke atas