MEDITASI TRANSENDENTAL | Meditasi Transendental ialah kaedah melegakan ketegangan tubuh badan yang sangat popular pada tahun 1970-an. | UMUM | |
TIMUS | Timus ialah satu organ leper berwarna merah samar yang memainkan peranan penting dalam sistem imun tubuh badan manusia. Ia terletak di bahagian atas rongga dada di belakang tulang dada dan memanjang ke bahagian bawah leher di bawah kelenjar tiroid. | UMUM | |
ALOPATI | Alopati ialah satu kaedah dalam amalan perubatan yang mencuba menyembuhkan penyakit dengan menghasilkan kesan pada tubuh badan yang berbeza dengan kesan daripada penyakit. | UMUM | |
AEROBIK | Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung, meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai orang mengambil bahagian dalam program aerobik untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung. | UMUM | |
BERTAPA | BERTAPA, usaha untuk membersihkan jiwa atau untuk mendapatkan sesuatu ilmu, sama ada ghaib atau ilmu untuk kekuatan tubuh badan, dengan cara mengasingkan diri dan berpantang. Bertapa juga disebut ‘tapa’ yang membawa makna yang serupa. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
JINAYAH (HUDUD, QISAS, TA'ZIR) | Jinayah, perbuatan jahat yang dikenali juga dengan jarimah yang diharamkan oleh syarak sama ada meliputi nyawa, tubuh badan, harta benda atau sebagainya. | AGAMA | Konsep |
UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI | UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI, Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Perlembagaan Negeri-Negeri (Constitution of The State). Kalau dahulunya ia biasa disebut sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Undang-undang Tubuh Negeri tetapi kini ia lebih dikenal sebagai Perlembagaan Negeri. Perlembagaan itu sendiri bolehlah ditakrifkan sebagai suatu sistem undang-undang dan adat yang telah dibentuk dan/atau dibuat oleh suatu badan tertinggi sesebuah negeri bagi tujuan untuk digunakan sebagai garis panduan dalam serba perkara bagi negeri berkenaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
TIKI | Tiki ialah sejenis loket Maori berbentuk tubuh manusia yang dipakai di leher (lihat Maori ). Tangan pada ukiran tersebut mempunyai tiga jari dan kakinya terlipat di bawah badan. Orang Maori gemar menggunakan batu jed untuk membuat tiki dan tiki jed ini dikenali sebagai heitiki . Kebanyakan tiki berbentuk orang perempuan, walaupun loket tersebut ada kaitan dengan watak mitos, yang juga dikenali sebagai Tiki, yang dipercayai adalah lelaki yang pertama. | UMUM | |
ABSES | Abses ialah nanah yang terjadi dalam bahagian tubuh yang dijangkiti bakteria. Nanah mengandungi bakteria, plasma darah, dan debris daripada sel yang mati. Ia juga mengandungi sel darah putih yang digunakan oleh badan untuk mencegah jangkitan. Abses biasanya akan kelihatan merah dan bengkak yang boleh pecah dan mengalir. Abses mungkin terjadi di dalam mana-mana tisu yang dijangkiti bakteria. | UMUM | |