TAWARAN RAYUAN | Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan oleh defenden dalam kes jenayah dengan bersetuju untuk mengaku bersalah daripada menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes, pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain, pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90 peratus daripada defenden mengaku bersalah dan kebanyakannya hasil daripada tawaran rayuan. | UMUM | |
PÉTAIN, HENRY PHILIPPE | Pétain, Henry Philippe (1856–1951), menjadi wira kebangsaan Perancis kerana kepimpinan dalam ketenteraan semasa Perang Dunia I. Namun dia telah dibicarakan dan dipenjarakan atas tuduhan menderhaka pada usia lanjutnya kerana dia bersubahat dengan Jerman dalam Perang Dunia II. | UMUM | |
NIXON, RICHARD | Nixon, Richard (1913–1994) ialah presiden Amerika Syarikat dari tahun 1969 hingga 1974. Dia merupakan satu-satunya presiden Amerika Syarikat yang meletakkan jawatan. Dia meletakkan jawatan pada 9 Ogos 1974, semasa menghadapi tuduhan terlibat dalam skandal politik Watergate (lihat Watergate ). | UMUM | |
THORPE, JEREMY | Thorpe, Jeremy (1929– ) ialah ketua Parti Liberal dari tahun 1967 hingga tahun 1976. John Jeremy Thorpe lahir di London dan mendapat pendidikan di Amerika Syarikat serta Eton College dan Oxford University, England. Pada tahun 1954, Thorpe lulus sebagai barrister . Dia menjadi ahli Parlimen dari parti Liberal bagi kawasan Devon Utara pada tahun 1959. Pada tahun 1979, Thorne dibebaskan daripada tuduhan berkomplot untuk membunuh kawan lamanya, Norman Scott. Thorpe kehilangan kerusi Parlimen semasa pilihan raya tahun 1979. | UMUM | |
MIKI, TAKEO | Miki, Takeo (1907–1988), berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dari bulan Disember 1974 hingga bulan Disember 1976. Miki juga mengetuai Parti Liberal-Demokratik Jepun. Dia meletakkan jawatan selepas pilihan raya pada tahun 1976. Dalam pilihan raya tersebut, Parti Liberal- Demokratik hanya dapat mengekalkan kuasa di Diet (Parlimen), tetapi dengan jurang kemenangan yang lebih kecil daripada pilihan raya yang terdahulu. Sebelum dan semasa tempoh Miki memegang jawatan, beberapa ahli Parti Liberal-Demokratikbukan Miki-dituduh mengamalkan rasuah. Tuduhan ini turut menjadi salah satu sebab kemerosotan parti tersebut. | UMUM | |