AFRIKA SELATAN, KERAJAAN. | Afrika Selatan, Kerajaan. Afrika Selatan ialah sebuah republik berparlimen. Parlimen Afrika Selatan terbentuk pada bulan April 1994, selepas Afrika Selatan mengadakan pilihan raya umumnya yang pertama. Ketika itu semua orang dewasa boleh mengundi. Anggota parlimen memilih presiden yang akan menjadi ketua kerajaan , menguasai penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan. Presiden juga ialah ketua negara , yang bertindak sebagai wakil rasmi negara dan melaksanakan tugas-tugas istiadat. | UMUM | |
KECERGASAN FIZIKAL | Kecerdasan buatan ialah cabang sains komputer. Ia berkaitan dengan reka bentuk sistem komputer yang melakukan tugas yang kelihatan memerlukan kecerdasan. Tugas demikian termasuk penaakulan, penyesuaian dengan situasi baharu, dan pembelajaran kemahiran baharu. | UMUM | |
KECERDASAN BUATAN | Kecerdasan buatan ialah cabang sains komputer. Ia berkaitan dengan reka bentuk sistem komputer yang melakukan tugas yang kelihatan memerlukan kecerdasan. Tugas demikian termasuk penaakulan, penyesuaian dengan situasi baharu, dan pembelajaran kemahiran baharu. | UMUM | |
PROKSI | Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas untuk membentangkan satu laporan penting dalam mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan, anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan laporan anda dalam mesyuarat kelab itu. | UMUM | |
PENDAKWA RAYA | Peguam Negara dan pegawai pendakwa di Jabatan Peguam Negara, yang menjalankan tugas pendakwaan mewakili pihak kerajaan. | UNDANG-UNDANG | Jawatan/Gelaran |
KAPAL FRIGAT | Kapal frigat ialah kapal perang yang digunakan untuk tugas mengiring dan meronda. Kapal ini boleh melancarkan roket dan peluru torpedo terhadap kapal selam. | UMUM | |
POLIS | Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi nyawa serta harta benda orang awam dalam sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai. Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan, mencari orang yang dilaporkan hilang atau membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan penjagaan kepada mangsa-mangsa. | UMUM | |
BYNG, JOHN | Byng, John (1704–1757) ialah laksamana Inggeris yang dihukum mati kerana cuai menjalankan tugas semasa Perang Tujuh Tahun (lihat Perang Tujuh Tahun ). | UMUM | |
PADERI | Paderi ialah orang yang dilatih khas untuk menjalankan tugas dan upacara keagamaan dan memberi nasihat keagamaan. | UMUM | |
MIOKARDITIS | Miokarditis ialah keradangan tisu otot yang membentuk dinding jantung. Otot-otot yang dinamakan miokardium, menjalankan tugas dengan mengepam jantung. Kes-kes miokarditis yang sederhana wujud tanpa dapat dikesan. Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi, suatu keadaan di mana jantung tidak dapat mengepam darah secukupnya seperti yang dikehendaki oleh badan. | UMUM | |