Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tui.syen] | تويشن

Definisi : bimbingan tambahan yg diberikan kpd pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu: dia mencari nafkah dgn memberi ~ kpd pelajar-pelajar sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuisyen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIASISWA RHODES

Biasiswa Rhodes ialah anugerah yang

membolehkan pelajar dari beberapa buah negara

belajar di Oxford University, England. Biasiswa ini

membiayai bayaran tuisyen pelajar dan juga elaun

perbelanjaan sara hidup. Biasiswa ini diberi selama

dua tahun, tetapi kadangkala dilanjutkan untuk

tahun ketiga.

UMUM 
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAHKapsyen          :           Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

 

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH (1946-     ), Sultan Brunei Darussalam yang ke-29. Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Baginda menerima pendidikan awal secara tuisyen peribadi di Sekolah Khas, Istana Darul Hana pada awal tahun 1950-an. Kemudian baginda menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei pada tahun 1955. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, baginda menuntut di Sekolah Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Antara tahun 1961 hingga tahun 1963, baginda melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada tahun 1964, baginda meneruskan pelajaran di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Brunei. Dari tahun 1966 hingga tahun 1967, baginda mengikuti pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England bagi menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai kadet.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas