Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuk guru


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUK PULAU UBITUK PULAU UBI (1881-1955), ulama.  Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani.  Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat.  Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya.  Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHAHNON AHMAD, DATO’

Shahnon Ahmad, Dato’ (1933– ) ialah penulis,

pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan

penerima Anugerah Sasterawan Negara yang

kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor

penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan

Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau

Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan

keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah

yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha,

serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia,

Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu,

novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq

(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru

(1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam

menyampaikan kesedaran beragama dan

pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan

novel-novel yang berkaitan dengan fenomena

politik semasa yang berlaku di tanah air seperti

tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana

(1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991),

Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999).

Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang

berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan

moral masyarakat kesan daripada pengaruh

pemodenan seperti terlukis dalam novelnya

Kemelut (1977) dan Tivi (1995).

UMUM 
SALLEH TAPANG

SALLEH TAPANG, (1927 -      ), pengasas dikit barat.  Nama sebenarnya ialah Salleh bin Haji Ahmad.  Dia lahir di Kampung Tapang Panji, Kota Bharu, Kelantan.  Salleh mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rambutan Rendang, Kota Bharu, Kelantan hingga Darjah empat (sebelum Perang Dunia Kedua meletus).  Kemudian dia mengikuti pelajaran agama di Pondok Tuk Guru Haji Wan Ismail, Tapang.

BUDAYATokoh
YUSOFF ZAKI YAACOBYUSOFF ZAKI YAACOB (1928-    ), penulis.   Dia lahir pada 13 Jun 1928 di Kota Bharu, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Yusoff bin Yaacob.  Ayahnya terkenal sebagai tuk guru, sementara ibunya adalah keturunan keluarga peniaga.  Yusoff mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri.  Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Majlis Agama Islam, Kelantan. Setelah tamat persekolahan, dia melanjutkan pelajarannya di Madrasah Muhammadiah Jamek Ismaili, iaitu salah sebuah sekolah agama swasta pertama yang mempunyai susunan kurikulum secara formal. Di samping itu, dia berpeluang berguru dengan tokoh ulama seperti Tuk Khurasan, Haji Ali Pulau Pisang dan Haji Ahmad Mahir sebelum dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar, Mesir.SASTERATokoh
TUK BACHOKTUK BACHOK (1868-1953), ulama dan pendakwah.  Dia lahir di Kampung Tuk Burung, Bachok, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Othman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahab.  Dia menerima pendidikan awal daripada ayahnya.  Sewaktu umurnya meningkat belasan tahun, dia dihantar belajar di Kota Baharu, berguru kepada Pak Cik Musa dan Haji Daud Husin Kampung Menuang (Haji Daud Kechik).  Selepas beberapa tahun di Kota Baharu, dia menyambung pengajian agamanya di Pondok Kuala Bekah, Patani.  Semasa di sini, dia bertemu dan bersahabat dengan Tuk Selehor yang kemudiannya menjadi ulama terkenal.  Guru mereka di pondok ini bernama Haji Abdul Rashid.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ZAINAL ABIDIN IIISULTAN ZAINAL ABIDIN III (1866-1918), Sultan Terengganu yang ke-11 (1881-1918). Baginda adalah putera Sultan Ahmad Syah.  Baginda terkenal sebagai seorang yang alim.  Antara guru baginda ialah Tuk Ku Paloh, Wan Muhammad bin Wan Abdullah dan Habib Omar.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NGAH MUHAMMAD YUSOFNGAH MUHAMMAD YUSOF, Dato’ Seri Amar Diraja (1878 – 1940), Menteri Besar Terengganu (1924 – 1940) Dia lahir pada 14 Disember 1878 di Kampung Tualang Manir, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Makkah selama tiga tahun. Dia menuntut ilmu agama daripada ramai guru, termasuklah Haji Muhammad Abdullah, Mufti Terenggnu, Syed Abdul Rahman al-Idrus (Tuk Ku Paloh), dan Che Yunus, yang membimbingnya dalam bidang pentadbiran.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas