AMANG | Amang ialah sisa timah yang terhasil akibat daripada aktiviti perlombongan bijih timah yang dijalankan secara terbuka. Amang boleh wujud dalam bentuk timah tulen, monazit tulen, ilmenit tulen atau zirkon tulen. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sifat/Keadaan |
AMMONIA KONTANG | Ammonia kontang ialah gas ammonia tulen dalam bentuk cecair. Oleh sebab kandungan nitrogennya tinggi – kira-kira 82 peratus– peladang menggunakan ammonia kontang sebagai baja. Ia boleh digunakan bersendirian atau dalam campuran komersial yang mengandungi sebatian fosforus dan kalium. Ia boleh berpadu dengan air untuk membentuk larutan bagi membuat baja campuran. Ammonia kontang juga digunakan sebagai bahan penyejuk dalam simpanan sejuk dan loji pembuatan ais. Ia dibuat dengan memampatkan gas ammonia kering (NH3 ). | UMUM | |
TELURIUM | Telurium ialah unsur kimia dengan simbol Te. Ia adalah separa logam. Telurium tulen biasanya didapati sebagai keluaran sampingan dalam penapisan tembaga. Secara semula jadi, unsur ini paling sering wujud berpadu dengan logam seperti tembaga, emas, plumbum, raksa, dan perak. Telurium adalah penting dalam pembuatan aloi tertentu dan dalam penyelidikan separa pengalir. Ia berfungsi sebagai agen perawatan bagi getah dan sebagai mangkin dalam penapisan petroleum. Ia juga digunakan untuk mewarnakan kaca dan seramik. Nombor atom telurium ialah 52, dan berat atomnya ialah 127.60. Telurium dalam bentuk hablur melebur pada 449.8 o C dan mendidih pada 989.9 o C. Telurium ditemui pada tahun 1782 oleh ahli kimia Austria, Franz Müller von Reichenstein. | UMUM | |
DEKSTROSA | Dekstrosa ialah nama yang digunakan dalam industri bagi gula glukosa kristal tulen. Ia biasanya dijual dalam bentuk granul (butir) halus dan putih. Dekstrosa dihasilkan secara komersial dengan merawat kanji dengan enzim amilase atau memasukkan kanji ke dalam air yang bercampur dengan larutan asid hidroklorik cair. | UMUM | |
PROBET | Probet. Apabila seseorang meninggal dunia, wasiatnya perlu diterima sebagai probet (untuk membuktikan wasiat itu tulen). Wasi si mati akan mengemukakan wasiatnya kepada mahkamah dan mahkamahlah yang akan mengendalikan wasiat dan harta pusakanya. Mahkamah ini dikenali sebagai mahkamah probet. Pihak wasi perlu mengemukakan wasiat dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wasiat si mati benar. Wasiat hendaklah mendapat probet secepat mungkin selepas kematian orang yang membuat wasiat yang dikenali sebagai pewasiat. Selepas surat wasiat dikemukakan, mahkamah biasanya akan mengeluarkan pemberitahuan kepada waris-waris pewasiat yang sepatutnya mempunyai hak ke atas harta tersebut jika wasiat itu tidak dibuat. | UMUM | |
AORTA | Aorta adalah arteri yang paling besar dan paling panjang dalam tubuh. Cabangnya yang banyak mengedarkan darah tulen ke seluruh tubuh. | UMUM | |
KALKOPIRIT | Kalkopirit adalah satu daripada bijih tembaga yang paling banyak didapati dan sumber penting bagi tembaga tulen. Kalkopirit terdiri daripada tembaga, besi, dan sulfur. Ia berwarna kuning loyang dan berkilat. | UMUM | |
KUARZA | Kuarza ialah sejenis mineral yang biasa didapati dalam berbagai-bagai jenis batuan. Kuarza tulen tidak berwarna dan lut sinar. Ia terdiri daripada silikon dioksida dan formula kimianya ialah SiO2. Kuarza mempunyai banyak kegunaan penting dalam bidang sains dan industri. | UMUM | |
KORUNDUM | Korundum (formula kimia, Al 2 O 3 ) ialah mineral tulen yang kedua paling keras selepas berlian. | UMUM | |
PROUST, JOSEPH LOUIS | Proust, Joseph Louis (1754–1826) ialah ahli kimia Perancis. Dia menjadi terkenal kerana menyokong idea bahawa setiap sebatian kimia tulen terdiri daripada unsur dalam perkadaran yang ditetapkan. Ahli sains kini menerima idea ini sebagai hukum perkadaran malar. | UMUM | |