ANGIOSPERMA | Angiosperma ialah nama yang diberi kepada tumbuhan berbunga. Tumbuhan berbunga ialah tumbuhan yang paling banyak di bumi | UMUM | |
PHILODENDRON | Philodendron ialah nama bagi banyak spesies dan jenis tumbuhan bak tumbuhan menjalar berasal dari Amerika Selatan. Perkataan philodendron bermakna pencinta pokok. Banyak philodendron ditanam sebagai tumbuhan rumah di atas tiang yang dibuat daripada lumut sfagnum, kulit kayu, dan bahan-bahan lain. Tumbuhan ini mengeluarkan akar di sepanjang batang dan akan tumbuh pada tiang yang batangnya dibiarkan lembap. | UMUM | |
REPUT | Reput ialah gejala bagi banyak penyakit tumbuhan apabila tumbuhan reput. Penyakit reput disebabkan oleh bakteria atau kulat yang menjangkiti tumbuhan dan membunuh selnya. Reput cepat memusnahkan buah dan sayur-sayuran, tetapi penanam membantu mencegahnya dengan menyembur tumbuhan dengan racun serangga. | UMUM | |
PUDINA | Pudina ialah nama bagi satu famili tumbuhan. Tumbuhan pudina mempunyai batang segi empat sama. Sesetengah tumbuhan mempunyai batang yang dinamakan stok akar yang tumbuh di sepanjang permukaan tanah. Daunnya yang berbau wangi tumbuh dua-dua, setiap satunya disebelah batang. Kebanyakan tumbuhan pudina mempunyai bunga berbibir dua yang kecil, berwarna putih, kebiruan atau kesamaran. Bunganya kadangkala tumbuh pada spika di hujung batang. | UMUM | |
PTERIDOFIT | Pteridofit juga dikenali sebagai tumbuhan pakis , adalah satu daripada kumpulan tumbuhan yang besar dan penting yang lebih mudah strukturnya daripada tumbuhan berbunga. Pteridofit bermakna tumbuhan pakis . Bukan semua pteridofit adalah pakis, tetapi pakis adalah yang paling dikenali dalam kumpulan ini. Banyak pteridofit yang lain sedikit sebanyak kelihatan seperti pakis. | UMUM | |
KELAYUAN | Kelayuan pada tumbuhan, ialah keadaan apabila daun dan batangnya melentuk dan mati. Ia biasanya adalah gejala penyakit tumbuhan yang menyebabkan sel-selnya musnah. Tumbuhan akan layu jika kekurangan air. Bakteria penyakit yang menyebabkan kelayuan akan menyumbat saluran yang membawa air pada tumbuhan. Banyak kulat yang menyerang tumbuhan boleh meyebabkan kelayuan, kadangkala dengan merembes racun ke dalam tisu tumbuhan. | UMUM | |
TARO | Taro ialah tumbuhan tropika yang dijadikan makanan. Bahagian tumbuhan ini yang boleh dimakan terdiri daripada satu atau lebih batang bawah tanah yang besar dan berkanji. Tumbuhan ini ditanam di banyak kawasan tropika yang basah termasuk Hawaii, Kepulauan Caribbean, dan Afrika Barat. Beberapa jenis tumbuhan ini yang berbeza ditanam. Dikenali sebagai taro di kawasan Pasifik, ia dikenali sebagai eddo atau dasheen di Kepulauan Caribbean, dan cocoyam di Afrika Barat. Taro berkaitan rapat dengan tumbuhan hiasan yang dikenali sebagai telinga gajah dan caladium . Pengelasan saintifik. Taro tergolong dalam famili arum, Araceae. Ia adalah Colocasia esculenta . Lihat juga Telinga gajah. | UMUM | |
PERIUK KERA | Periuk kera ialah nama sesetengah tumbuhan hijau yang mempunyai daun berbentuk periuk yang menjadi perangkap serangga. Periuk kera adalah tumbuhan insektivar, iaitu ia memakan serangga (lihat Tumbuhan insektivar) . Seperti lain-lain tumbuhan hijau, periuk kera membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Bagaimanapun, periuk kera hidup di kawasan yang terdapat sedikit nitrogen yang diperlukan daripada tanah. Serangga yang diperangkap memberikan nitrogen tambahan kepada tumbuhan ini. | UMUM | |
MONSTERA | Monstera ialah nama bagi lebih kurang 20 spesies tumbuhan menjalar yang berkayu di kawasan tropika Amerika. Ia adalah epifit (tumbuhan yang hidup pada tumbuhan lain). Spesies yang paling biasa, iaitu tumbuhan rumah yang paling popular, dikenali sebagai Swiss cheese plant. Daunnya yang matang adalah lebar di tepi dan mungkin berlubang. Di kawasan tropika, buah monstera dimakan. Rasanya seakan-akan rasa pisang dan nanas. Pengenalan saintifik. Monstera tergolong dalam famili arum, Araceae. Spesies biasa ialah Monstera deliciosa . | UMUM | |
ASPIDISTRA | Aspidistra ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Timur, tetapi ditanam secara meluas sebagai tanaman di rumah. Oleh sebab tumbuhan ini tumbuh dengan baik dalam keadaan yang kurang baik, maka tumbuhan ini juga dikenal sebagai tumbuhan besi tuangan . Daunnya banyak lagi panjang dan berkilat-kilat. Warna daunnya itu boleh jadi hijau tua, berjalur-jalur putih ataupun bertompok-tompok kuning. Aspidistra berbunga di pangkalnya dengan warna ungu keperangperangan. Pengelasan saintifik. Aspidistra termasuk dalam famili lili, Liliaceae. Genusnya Aspidistra elatior . | UMUM | |