Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang, atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa yang dikenali sebagai tulang marmar atau osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal. Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak mengalami anemia yang teruk. Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal. Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian tulang akibat jangkitan atau tumor. |